Kenapa tidak tanam Kobis sendiri mudah je?, Artikel kali ini akan berkongsi tentang cara tanam kobis dari mula sampai petik. Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah antara sumber makanan yang paling penting dan sememangnya diperlukan oleh semua manusia untuk mencukupkan nutrisi yang diperlukan badan.
Untuk menanam hasil pertanian, anda sudah semestinya memerlukan satu kawasan yang luas bagi menampung kuantiti hasil. Bagaimanapun, sekiranya sayur atau buah yang ditanam dalam kuantiti yang sedikit, kawasan yang kecil sudah memadai seperti halaman di sekeliling rumah.
Tambahan lagi, anda tidak perlu bersusah payah untuk keluar membeli sayur dan buah-buahan di kedai atau pasar raya malah dapat menghiasi halaman rumah dengan warna hijau.
Apa yang boleh ditanam di halaman rumah anda? Antara sayur-sayuran yang boleh ditanam termasuklah kobis seperti yang bakal dikongsikan di bawah.
Mungkin masih ramai di luar sana yang belum mengetahui cara tanam kobis atau langkah penjagaannya.
Untuk itu, mari kita ikuti perkongsian oleh Nur Zaliana yang dikongsikannya melalui Facebook Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.
Cara Tanam Kobis Dari Mula Sehingga Boleh Dipetik
Ini cara tanam kobis dan cara jaga yang saya praktikkan sampai boleh dipetik, lain orang lain caranya tetapi matlamatnya tetap sama.
Langkah Demi Langkah Cara Tanam Kobis:
1. Benih Nazuka F1. Saya semai tabur terus atas tanah, bila dah naik saya pindahkan masuk dalam polybag kecil, media tanah campur cocopeat 1:1 kalau guna peatmos lagi bagus.
2. Ini anak kobis usia +-3 minggu saya letak oscomote campur eraso racun siput.
3. Ini pokok yang baru saya pindah tanam atas batas, yang sebelumnya saya gemburkan dengan tinja ayam. Lepas tanam wajib letak esaro supaya siput tak makan.
4. Ini usia 2 minggu lepas tanam saya letak baja kopi 888 campur foliar seaweed-Amino
5. Ini usia 1 bulan Hasil Selepas Tanam (HST) letak lagi baja tinja ayam.
6. Usia 37 HST ulang lagi letak baja 888 Seaweed amino +Trichoderma & bacillus bio foliar dan siram kat tanah terus beli di Shopee saja.
7. Usia 43 HST ulang langkah no 6.
8. 55 HST start membulat direct matahari malam pulak kena cahaya lampu jalan, sebab betul-betul tanam bawah lampu jalan.
9. 63 HST kena ada unsur K yang tinggi untuk pembentukan buah nak senang beli maxxigreen di Shopee.
Ada cara lain tips jimat. Tebang pokok pisang kulit pisang pun boleh ambil, ambil batang cincang lepas tu masukkan dalam tong cat 18 liter tu kemudian letak air peram 24 jam 3-4 hari pun boleh kena tahan dengan bau dia yang harum tu hehe .
Ambil pekatan 1 liter + air biasa 2 liter siramkan terus kena daun pun takpe tak lecur. Fungsi dia apa boleh cari kat google ye hehe.
10. 78 HST cr0p mula penuh dan keras hari-hari kena buat spot check lebih lagi waktu malam ulat dan siput suka makan daun tiada kawalan serangga kita guna manual saja.
11. 80 HST masih yang sama buat siram air batang pisang 2 hari sekali siram air kosong dan stop membaja. Sebab kena tinggal balik kampung sian cik kobis
12. Usia 90 HST lepas balik kampung terus tengok dia dulu walau pun jam 2 pagi sampai sayang nak petik tapi dah masanya kenangan sungguh betul-betul rasa peel dia tu
Kalau beli di kedai ni murah ja kobis tapi nak tanam jugak dapat 1 pengalaman.
Baru petik, best suara daun bunyik kruppp krappp.
Alhamdulillah syukur nikmat, 11 ketoi pengalaman jaga dia akhirnya membuahkan hasil walau tak seberapa tetap happy.
Itulah cara tanam kobis yang sangat berkesan, walaupun tanam di tepi-tepi jalan tetap menjadi dan saiznya juga besar-besar. Semoga bermanfaat…
Baca Juga: cara tanam halia
Sumber – Facebook Nur Zaliana Dari Kumpulan Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri