Cara Tanam Pokok Daun Bawang Guna Bekas Telur, Mudah Dan Lebih Segar!

Siapa tak nak jika ada tanaman sendiri dirumah kan, jadi artikel kali ini akan kongi Cara Tanam Pokok Daun Bawang Guna Bekas Telur, Biasanya bila disebut sahaja menanam, apa yang terlintas di fikiran mesti kena ada tanah. Namun, dengan teknologi terkini, ada kaedah penanaman yang sudah tak perlu guna tanah seperti kaedah hidroponik.

Bagaimanapun, ada kaedah yang lebih senang untuk tanaman jenis bawang. Hanya dengan menggunakan bekas sarang telur, anda sudah boleh menanam daun bawang.

Selalunya daun bawang dibeli sahaja di kedai, tetapi ada kala setelah beberapa hari daunnya sudah layu dan tidak dapat digunakan.

Apa kata cuba tanam sendiri sahaja pokok daun bawang di rumah. Lebih sedap, manis, segar dan diyakini kebersihannya. Mudah sahaja.

Kat rumah ada banyak simpan sarang telur? Sarang telur banyak tak tahu buat apa? Jom guna semula untuk tanam daun bawang!

Ini cara Cara Tanam Pokok Daun Bawang Guna Bekas Telur:

1. Tindan dan mampatkan 4-6 lapis sarang telur.

Tanam Pokok Daun Bawang Guna Bekas Telur

 

2. Tebuk lubang besar-besar di setiap sarang sehingga tembus lapisan ketiga (lubang kecil menyebabkan akar naik dan bawang senget)

Tanam Pokok Daun Bawang Guna Bekas Telur

3. Basahkan sarang telur

Tanam Pokok Daun Bawang Guna Bekas Telur

4. Letak bawang di setiap sarang (pilih bawang yang segar-segar sahaja, atau pilih yang bila kita p0tong kepalanya, di tengah-tengah ada warna hijau muda)

Tanam Pokok Daun Bawang Guna Bekas Telur

Tanam Pokok Daun Bawang Guna Bekas Telur

5.Sembur 2 kali sehari sehingga daun tumbuhTanam Pokok Daun Bawang Guna Bekas Telur

Tips Tambahan:

Tanam Pokok Daun Bawang Guna Bekas Telur

Pastikan letak di kawasan ada sedikit cahaya matahari (berteduh tetapi cerah)
Jika hari lembap dan tiada cahaya matahari, kurangkan siraman untuk mengelak bawang mereput.

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.

Baca juga: 4 Khasiat Daun Bawang Putih Untuk Kesihatan

Sumber : Siraplimau / Facebook SWcorp

Leave a Comment