Biasanya apabila kita beli botol air plastik untuk minuman sudah tentu sudah habis kita buang. Sebenarnya bagi yang suka bercucuk tanam banyak faedahnya jika simpan botol air minuman ini.
Hanya menggunakan bekas minuman plastik ini, boleh digunakan sebagai tapak semai untuk tanaman. Tak perlu guna tanah hanya menggunakan air sahaja.
Biasa tanam daun bawang dalam pasu menggunakan tanah, tapi tanpa dua perkara ini pun kita boleh menanam pokok ini dengan subur. Caranya cuma gunakan botol air plastik yang sudah tidak digunakan dan air. Kaedah penanaman ini dikongsi oleh Cici Cikyah.
1. Potong sedikit bahagian atas botol dan di isi dengan air sampai paras yang dipotong.
2. Hiris bahagian atas bawang untuk mencambahkan tunas. Kemudian letak bahagian tampuk akar di atas permukaan botol yang dipotong tadi.
3. Letak bawang ini di tempat yang redup. Biar sehingga akar keluar. Bila air kurang tambahkan air. Insya Allah akan keluar daunnya.
4. Bila daun bawang sudah sesuai untuk dituai, potong daunnya tinggalkan 1 inci dari ubi bawang, supaya ia bercambah kembali. Pastikan airnya penuh ya.
5. Kaedah ini tak gunakan baja, cuma air saja. Kena penuhkan airnya. Selagi akarnya ada.
Selamat mencuba!
Sumber: Keluarga
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: