Cara Tanam Pokok Jambu Gajus Guna Biji Benih. 6 langkah mudah saja

Artikel kali ini akan berkongsi tentang Cara Tanam Pokok Jambu Gajus Guna Biji Benih, Sebelum itu mari kita kenal apa itu pokok jambu gajus.

Pokok jambu gajus merupakan tumbuhan nadir yang semakin kurang ditanam. Hasil utama tanaman jambu gajus ialah buahnya yang unik kerana mempunyai biji di luar. Biji buah jambu gajus yang telah diproses banyak terdapat di pasaran terutama yang telah dijadikan makanan ringan. Biji jambu gajus juga digunakan dalam masakan terutama untuk masak nasi baryani dan nasi minyak

Pokok jambu gajus juga mempunyai nilai perubatan dan kesihatan yang banyak terutama daun, bunga dan buahnya. Ia dikatakan mampu meredakan pelbagai penyakit seperti diabetis, batuk dan sakit kerongkong, cirit birit dll. Pengamal ulaman pucuk jambu gajus boleh mengekalkan awet muda. Selamat Mencuba!!

Cara Tanam Pokok Jambu Gajus Guna Biji Benih

1. Cara penanaman pokok ini boleh dilakukan melalui semaian biji benih. Caranya dapatkan biji gajus kemudian jemur dua hingga tiga hari sebelum ditanam di dalam petak semaian yang mengandungi pasir sungai.

Pokok Jambu Gajus

Buah jambu gajus yang telah matang. Foto: Blog Warisan Tani

2.Setelah dua hingga tiga helai daun mulai tumbuh, anak pokok dipindahkan ke dalam polibeg. Anak pokok ini perlu disiram sekurang-kurangnya 2 kali dalam sehari di awal pagi dan lewat petang bagi mengalakkan pertumbuhan yang cepat dan aktif.

3. Untuk memberikan kelembapan pada tanah dan mengurangkan suhu pokok, digalakkan meletakkan sabut kelapa di sekeliling anak pokok sebagai bahan sungkupan. Selain menggunakan pelepah kelapa sebagai naungan membantu mengurangkan pokok terencat.

4. Pada peringkat awal pertumbuhan pokok, baja tumbesaran seperti NPK Hijau 15:15:15 diberikan dua atau tiga setahun bagi menggalakkan pertumbuhan pokok gajus.

Pucuk Pokok Jambu Gajus

Pucuk jambu gajus yang sedang elok dipetik untuk dibuat ulam

5. Bagi pembajaan pokok gajus biasanya menggunakan sistem poket atau peparit di sekeliling pokok. Pastikan dikambus dengan tanah selepas ditabur dengan baja di bawah kanopi pokok.

6. Pokok ini tidak perlu menunggu lama untuk pucuknya, ia boleh tuai selepas 8 bulan hingga 12 bulan sahaja.

Pokok Jambu Gajus

Foto: Blog Warisan Tani

Baca Juga: Cara Tanam Pokok Daun Bawang Guna Bekas Telur, Mudah Dan Lebih Segar!

Sumber: warisan petani

Leave a Comment