My Media Maya

Informasi Ilmia Harian Anda

Menu
  • Home
    • Penafian
    • Dasar Privasi
  • Semasa
  • Pengetahuan
  • Kesihatan
  • Ibadah
  • Doa
  • Tazkirah
Menu
Tiada Alasan Untuk Tidak Solat Walau Di Mana Pun Kita Berada

Contoh Dan Tauladan Untuk Kita, Tiada Alasan Untuk Tinggalkan Solat Walau Di Mana Pun Kita Berada

Posted on February 8, 2021February 8, 2021 by admin

Tiada Alasan Untuk Tinggalkan Solat

Suatu Masa Dulu Viral di media sosial apabila sekeping gambar yang dimuatnaik oleh seorang juruterbang jadi perhatian netizen apabila gambar pembantu juruterbangnya Sarah Widayanti Kusuma yang sedang solat mendapat pujian daripada orang ramai.

Meskipun sedang bekerja di atas awangan namun ia bukan alasan mahupun penghalang buat wanita ini untuk solat 5 waktu di dalam cockpit.

Pertama Kali Nak Naik Kapal Terbang Dari KL Ke Sarawak?

Juruterbang yang baik hati ini juga merupakan seorang muslimat dan taat pada agama, dia juga seorang yang tidak pernah meninggalkan solat walaupun kerjanya hanya di dalam pesawat.

Oleh Feyra Nasrom Sumber Tribunnews.com.

Kemuliaan Orang Menjaga Solat

1. Dicintai Allah

Cinta adalah kebenaran dan keadilan dan kerananya langit, bumi dan seluruh isinya diciptakan. Cinta termulia dan tertinggi adala cinta-Nya yang dapat diperolehi setelah kita berusaha untuk menjadi hambanya dengan melaksanakan solat sesempurnanya.

2. Badan selalu sihat

Banyak kajian saintifik yang dibuat mengenai betapa manfaatnya gerakan solat terhadap fizikal manusia seperti hasil kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya yang mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

3. Dijaga oleh Malaikat

Dalam diri manusia, Allah SWT menugaskan empat malaikat kepadanya. Dua malaikat berada di sebelah kanan dan kirinya, yang sentiasa mencatat setiap amal perbuatannya. Dan dua malaikat lagi yang sentiasa mengikutinya dari arah depan dan belakang.

Mereka semua menjaga manusia yang sentiasa menjaga solatnya kerana Allah SWT sentiasa rapat dengan orang yang tidak melupakanNya.

4. Turun berkat pada rumahnya

Menurut tafsir Ibnu Katsir, Imam Tabari berpendapat bahawa orang yang melaksanakan solat fardhu menjadi terbuka segala permintaan dari amalan-amalannya yang kemudian dibalas oleh pahala oleh Allah SWT.

Maka seiring dengan itu, terbukalah segala pintu keberkatan yang melimpah ruah dalam kehidupannya termasuk seisi rumahnya.

5. Tampak pada wajahnya tanda orang soleh
Dikatakan dalam hadis Riwayat At-Tirmizi, daripada Syaqiq bin Abdullah – seorang tabiin yang disepakati kemuliaannya – dia berkata,

“Para sahabat Rasulullah SAW tidak berpendapat bahawa tidaklah amal perbuatan ditinggalkan menyebabkan kekufuran melainkan solat.”
Riwayat At-Tirmizi

Hadis ini bermaksud bahawa barangsiapa yang meninggalkan solat maka akan hilang nur di wajahnya manakala mereka yang memelihara solatnya pasti timbul tanda-tanda orang soleh.

6. Allah akan melembutkan hatinya

7. Lalui sirat (titian) sepantas kilat

8. Diselamatkan oleh Allah

Terdapat hadis Qudsi riwayat Imam Ahmad dalam Isamuddin As-sababati, Baginda bersabda, sesungguhnya Rabbmu berfirman,

“Barangsiapa menunaikan solat pada waktunya, kemudian dia memeliharanya, tidak melalaikannya kerana meremehkan haknya, maka dia mempunyai janji yang pasti Aku penuhi, iaitu Aku akan memasukkannya ke dalam syurga.”
Riwayat Imam Ahmad

Oleh itu insan yang memelihara solatnya pasti akan diselamatkan daripada bahang api neraka.

9. Allah menempatkannya bersama orang yang tidak takut dan tidak sedih
Allah berfirman dalam surah al-Ma’arij,

“Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah dan gelisah; apabila ditimpa kesusahan, dia sangat gelisah; dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil, kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang.”
Surah al-Ma’arij, ayat 19

Justeru itu jadilah individu muslim yang mutlak, sentiasa melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya terutamanya dalam urusan akhirat. Seperti mutiara kata Imam Hassan al-Basri,

“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, niscaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, karena kamu akan rugi di keduanya.

Singgah di dunia ini sebentar, sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.”
Imam Hassan al-Basri

Akhir kata

Tunaikan solat dengan sebaiknya berpandukan firman Allah di dalam surah Hud ayat 114, sebaiknya yang dimaksudkan adalah melaksanakan solat pada awal waktu, suci daripada kekotoran dan menjaga kekhusyukkan.

Mudahan Allah menerima segala amalan baik kita.

sumber Dan Rujukan

Satupersinggahan dan mymediamaya

Share this:

  • Facebook
  • Tweet
  • WhatsApp

Related posts:

Ustazah Junior, Aisyah Dhia Rana Dipuji Mengaji Al Quran Dengan Sebutan Jelas

Kini baru saya tahu, Kenapa orang yang bangun sebelum subuh sentiasa tenang dan berjaya

Walaupun Ada Diploma Sains, Anak M Nasir Tak Kesah Dan Ma1u tebar roti canai

Doa Kuat Ingatan - Amalan Menguatkan Ingatan Dan Hafalan

Doa Kuat Ingatan – Amalan Menguatkan Ingatan Dan Hafalan

berdiri disamping Ibunya, setelah dia mendermakan sebahagian hatinya

Pengorbanan Yang Besar, berdiri disamping Ibunya, setelah dia mendermakan sebahagian hatinya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terbaru

  • Ustazah Junior, Aisyah Dhia Rana Dipuji …
    March 2, 2021
  • ikan hidup tanpa air Luar Biasa, Ikan Yang Diceritakan Didala…
    March 1, 2021
  • Sekali Sauk Jumpa 2kg Emas. Ini Pendedahan Dari Pnduduk Sndiri, Melombong Emas Belakang Rumah Saja Allahuakbar, Melombong Emas Belakang Rum…
    March 1, 2021
  • Kini baru saya tahu, Kenapa orang yang b…
    February 27, 2021
  • Walaupun Ada Diploma Sains, Anak M Nasir…
    February 23, 2021
  • Doa Kuat Ingatan - Amalan Menguatkan Ingatan Dan Hafalan Doa Kuat Ingatan – Amalan Menguatk…
    February 15, 2021
  • berdiri disamping Ibunya, setelah dia mendermakan sebahagian hatinya Pengorbanan Yang Besar, berdiri disampin…
    February 15, 2021

Kategori

  • Doa
  • Ibadah
  • Kesihatan
  • Pengetahuan
  • Petua
  • Semasa
  • Tauladan
  • Tazkirah

ARKIB

  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • September 2019
  • June 2019
  • March 2019

ads

© 2021 My Media Maya | Powered by Superbs Personal Blog theme