Wow! DIY Baja Organik Mudah Dan Murah Untuk Sayur, Buah Dan Bunga

Bagi yang bercucuk tanam di rumah, boleh buat sendiri, Fdiy baja organik macam ni. Tak perlu lagi beli baja untuk subur atau semburan elak seranggan perosak.

Cuma guna satu ini saja. Caranya dikongsi oleh Md Khalil Salleh.

Diy Baja organik mudah tapi berkesan, pokok tak pernah kena serangan perosak

Stok baja organik dah nak habis, jadi kita proses buat lain. Sesuai untuk smua tanaman. Modal pun ciput saja buat diy baja organik ni. Saya guna dah hampir 2 tahun sejak belajar berkebun di rumah ketika musim PKP ni. Sayuran dan pokok bunga saya belum pernah kena serangan serangga perosak sejak guna baja buatan sendiri ni. Bagus kan!

Wow! DIY Baja Organik Mudah Dan Murah Untuk Sayur, Buah Dan Bunga

Caranya

1. Sediakan 100gm MSG, sisa perut ikan 3kg, gula merah 3kg, bawang putih 5 labu atau lebih, kulit telur yang dikisar 500gm.

Wow! DIY Baja Organik Mudah Dan Murah Untuk Sayur, Buah Dan Bunga

2. Letak semua bahan ini dalam bekas dan campur air yang tiada klorin lebih kurang 10 atau 15 liter.

baja

3. Perap sebulan di tempat gelap. Jika tiada tempat gelap tutup dengan plastik hitam.

hitam

4. Selepas sebulan tapis dan boleh terus guna. Nak simpan dulu pun boleh.

air baja

Cara penggunaan

Ambil 10ml diy baja organik campur dengan 2 liter air tanpa klorin. Sembur pada daun dan pucuk pokok.

Boleh juga siram pada pangkal pokok. Bagusnya baja organik ini semua untuk pokok sayur berdaun, berbuah dan juga pokok bunga hiasan.
Ini sebahagian daripada tanaman.

sawi
Contoh hasil sayur sawi

Itulah langkah untuk DIY baja organik sendiri dirumah, sepanjang menggunakan baja ni tanaman sangat subur dan serangga perosak juga tidak menyerang tumbuhan…

Selamat Mencuba…Hasilnya mengikut rezki anda juga…Inshaa Allah …Akan berhasil

Baca Juga: Senjata Rahsia Pekebun, 9 Manfaat baking soda untuk tanaman

Sumber Dan Rujukan

Media Bumi

Leave a Comment