Bagi mereka yang ada pengalaman menanam pokok cili, tomata atau terung pasti mempunyai pengalaman dengan serangan serangga putih ini.
Lalat putih atau whitefly adalah dari keluarga Aleyrodidae atau bena putih ini amat menggemari daun-daun tanaman seperti cili. Lalat putih kebiasanya akan menyerang bahagian bawah daun tumbuhan dengan menghisap cecair atau nutrien daun.
Untuk mengatasi masalah lalat putih ini boleh diatasi dengan beberapa langkah. Antaranya dengan membuat sendiri racun organik dan semburkan pada tanaman. Cara membuatnya mudah dan murah. Syamimah Binti Ismail ada membuat perkongsian cara penyediaannya. Jom ikuti perkongsian ini
RACUN ORGANIK DIY UNTUK ATASI SERANGAN LALAT PUTIH
Kepada sesiapa yang ada menanam cili, tomato dan terung mesti geram tengok lalat putih atau afid yang menyerang. Habis rosak daun dibuatnya. Lama kelamaan pokok akan mati.
Jadi jom hari ni belajar buat Racun Organik DIY. Hanya gunakan bahan-bahan dapur je. Dijamin SELAMAT sebab ianya organik.
Mudah, murah dan senang dipolah.
BAHAN-BAHAN :
CARA-CARA PENYEDIAAN :
LANGKAH 1 – Masukkan ketiga-tiga bahan ke dalam blender dan kisar.
LANGKAH 2 – Masukkan bahan yang dikisar ke dalam bekas. Tutup bekas berisi bahan kisar tadi dengan kain bagi mengelakkan serangga masuk dan peram selama 24 jam.
LANGKAH 3 – Selepas peram 24 jam, tapis bahan kisar dan ambil patinya. Tuang pati kedalam botol. Hampas bahan kisaran jangan dibuang, boleh ditabur pada tanaman.
LANGKAH 4 – Racun ORAGANIK DIY siap!
(Nota : Untuk tahan alam boleh simpan didalam peti sejuk. Tapi jangan lupa label untuk elakkan terminum)
CARA PENGGUNAAN :
Masukkan 60ml pati, 1 susu makan minyak masak dan 1 sudu teh sabun pencucui tangan ke dalam 1 liter air.
SEDIKIT TIPS UNTUK SEMBURAN :
1. Spray time lewat petang. Dalam pukul 6 petang ke atas. Sebab sifat semulajadi serangga perosak AKTIF pada waktu malam. Jadi spray waktu lewat petang adalah paling sesuai.
2. Fokus spray pada bahagian bawah daun. Sebab kat situ lah tempat ‘mereka’ berhimpun.
3. Gunakan nozzle spray yg paling halus. Ataupun yang berkabus adalah lebih baik.
4. Spray seminggu sekali. Sekiranya pokok diserang teruk, spray selang 2 hari sehingga serangga hilang.
5. Apabila pokok dah masuk peringkat berbuah, spray lebih kerap (3 kali seminggu). Sebab pada peringkat ini, pokok akan lebih kerap diserang perosak.
Alhamdulillah lama dah guna resepi ni. So far memang BERKESAN untuk menghalau serangga perosak. Yang penting rajin spray.
Sekian, Selamat Mencuba
Sumber/Foto : Syamimah Binti Ismail
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut