Perkongsian doa berbuka puasa rumi ini adalah bertujuan untuk mempermudahkan kita untuk membaca dan menghafal doa ini, lebih-lebih kepada mereka yang tidak tahu membaca tulisan arab semoga artikel ini dapat membantu.
DOA BERBUKA PUASA RUMI SENDIRI
Berikut adalah doa ketika berbuka puasa rumi sendiri :
doa buka puasa Rumi
Allahumma Lakasumtu Wabika Aamantu Wa’alaa Rizqika Afthortu Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin
Maksudnya:
Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.
Doa Berbuka Puasa rumi Beramai-ramai
Doa buka puasa beramai-ramai adalah sama sahaja dengan doa bersendirian, cuma diubah “tu” kepada “na” untuk membawa maksud “aku” kepada “kami”
doa buka puasa rumi beramai ramai
Allahumma Lakasumna Wabika Aamanna Wa’alaa Rizqika Afthorna Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin
Maksudnya:
Ya Allah kerana Mu kami berpuasa, Dengan Mu kami beriman, kepada Mu kami berserah dan dengan rezeki Mu kami berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.
Berdoa ketika menunggu waktu berbuka puasa adalah mustajab.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi.”
— Hadis Riwayat At Tirmizi
Setelah penat seharian berpuasa, Allah mengurniakan satu waktu mustajab untuk orang berpuasa memanjatkan doa kepadaNya.
Oleh itu jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk berdoa apa-apa sahaja hajat kebaikan dunia dan akhirat.
Sangat rugi jika menghabiskan minit-minit terakhir dengan hanya menghadap telefon masing-masing.
Alhamdulillah, semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua…
Baca Juga:
Rujukan