2 Doa Berbuka Puasa Ketika Sendiran Dan Beramai-ramai

Doa Berbuka Puasa – Doa bagi orang yang hendak berbuka puasa adalah salah satu doa yang mustajab.

Terdapat hadis Rasulullah SAW tentang perkara ini

Daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ: الْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

Maksudnya:

Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak: Imam yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi”. [Riwayat Ibn Majah (1752)][Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan hadith ini adalah hasan]

Doa Berbuka Puasa Sendiri

Doa berbuka puasa sendiri adalah seperti berikut:

doa berbuka puasa sendirian

Allahumma Lakasumtu Wabika Aamantu Wa’alaa Rizqika Afthortu Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin

Maksudnya:

Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.

Doa Berbuka puasa beramai-ramai

Doa Berbuka puasa beramai-ramai adalah sama sahaja dengan doa bersendirian, cuma diubah “tu” kepada “na” untuk membawa maksud “aku” kepada “kami”

doa berbuka puasa beramai ramai

Allahumma Lakasumna Wabika Aamanna Wa’alaa Rizqika Afthorna Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin

Maksudnya:

Ya Allah kerana Mu kami berpuasa, Dengan Mu kami beriman, kepada Mu kami berserah dan dengan rezeki Mu kami berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.

Terdapat Juga Doa Buka Puasa Yang Dicontohi oleh Rasulullah SAW dalam hadist yang boleh kita amalkan

Yang sahih doa berbuka puasa menurut hadis adalah seperti hadis berikut yang diriwayatkan oleh Ibn Umar RA berkata, bahawa Nabi SAW apabila hendak berbuka, Baginda SAW membaca (doa):

ذَهَبَ الظَّمَأُ، وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

“Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat dan telah ditetapkam pahala insyaAllah.”

[HR Abu Daud (2357)]

Doa Ini dibaca ketika telah meneguk air atau makan kurma..

Kesimpulannya, doa bagi orang yang berpuasa adalah mustajab. Oleh itu, marilah sama-sama kita memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT.

Di samping itu, kita juga boleh memasukkan nama-nama Allah SWT yang agung di dalam setiap doa kita agar doa-doa kita dimakbulkan oleh Allah SWT sebagaimana yang kami telah jelaskan pada artikel sebelum ini. Amin.

Baca Juga: Bagaimanakah Cara Memuji Kebesaran ALLAH? 5 Cara Dari Rasulullah SAW

Sumber Dan Rujukan