Doa Lepas Azan Serta kelebihan Mengamalkannya

Doa Lepas Azan – Doa lepas Azan adalah suatu sunnah dan apabila telah selesai Azan yang dikumandangkan oleh mu’azzin, setiap Muslim yang mendengar Azan tersebut hendaklah berdoa dengan penuh penghayatan.

Waktu lepas azan juga adalah masa mustajab berdoa, maka lebih afdhal dan ada baiknya jika setiap kali lepas doa azan kita tambahkan dengan Asmaul Husna dan doa untuk ibu bapa.

Bacaan Doa Lepas Azan Serta Maksudnya

Lepas habis sahaja azan, kita disunatkan membaca doa sebagai mendoakan selamat sejahtera atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW:

Doa Lepas Azan Rumi:

Bacaan Doa Lepas Azan

(untuk pemahaman sahaja, sebutan bacaan dalam tulisan Jawi adalah lebih tepat):

Allahumma rabba hazihid da’ watittamah.

Wassolatil qaimah.

Join Channel WhatsApp Kami Untuk Info Bantuan Kerajaan Terkini 2023!

Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.

Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah.

Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah.

Innaka laatukhliful mi’ad.

Maksud Dari Doa Lepas Azan

Berikut merupakan maksud bacaan doa selepas Azan seperti yang dipaparkan di atas:

Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan.

Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan,

Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

Doa Lepas Azan serta kelebihannya

Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang mendengar azan, kemudian dia membaca (doa azan setelah selesai azan);

اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ

«Wahai Allah, Tuhan kepada panggilan sempurna ini dan solat yang didirikan, berikan kepada Muhammad kemuliaan dan keutamaan serta kurniakan kepada Baginda tempat terpuji sebagaimana yang Engkau janjikan.» Maka dia akan mendapat syafaatku.

Akhir Kata, Amalan membaca doa selepas azan perlu dilazimi setiap hari. Memang benar ia sebuah amalan sunat. Namun, manfaat amalan doa ini sangat besar dan tidak boleh diketepikan.

Baca Juga:

Sumber Dan Rujukan