Doa qunut subuh merupakan doa yang dibaca pada waktu solat fardhu subuh selepas bangun dari rukuk rakaat kedua.
Apakah itu Qunut?
Perkataan Qunut (الْقُنُوْتُ) adalah dari Bahasa Arab yang membawa beberapa makna diantaranya ialah berdiri lama, diam, selalu taat, tunduk, doa dan khusuk.
Manakala maksud doa Qunut secara istilah adalah — doa yang dibaca seorang Muslim dalam solat pada tempat yang dikhususkan semasa berdiri.
Bagaimanakah bacaan doa qunut subuh itu?
Berikut adalah cara bacaan doa qunut subuh
Bacaan Doa Qunut Subuh Rumi:
Allahhummah Dinii Fiiman Hadait
Wa ’Aa Finii Fiiman ‘Aafait
Watawal-Lanii Fiiman Tawal-laiit
Wabaariklii Fiimaa A’thaitWaqinii Syarramaa Qadhait
Fainnaka Taqdhii Walaa Yuqdho ‘Alaik
WainNahu Laa Yadzilu-man Walait
Walaa Ya’izzu-man ‘Aadait
Tabaa-rakta Rabbanaa Wata ’Aalait
Falakal-hamdu ‘Alaa Maa Qadhait
Astaghfiruka Wa ’AtuuBu ilaik
Wasallallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Nabiyyil Ummiyyi, Wa ’Alaa Aalihi Washahbihi Wasallam.
Maksudnya Doa Qunut Subuh:
Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.
Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.
Dan selamatkan aku (dengan rahmat Allah) dari bahaya yang telah Engkau tentukan.
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi
Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.
Dan kami memohon ampun dari-Mu dan kami bertaubat kepada-Mu.
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.
Membaca doa qunut termasuk di dalam perkara sunat Ab’adh.
Jika tertinggal atau terlupa untuk membaca doa qunut, seseorang itu disunatkan untuk melakukan sujud sahwi.
Walau bagaimana pun, solat subuh tetap SAH walaupun tanpa sujud sahwi. Wallahualam…
Semoga bermanfaat.
Baca Juga:
- Doa Naik Kenderaan Darat, Laut Dan Udara
- Doa Al Mathurat Selepas Selesai Membaca Wirid Al Mathurat
- Doa Taubat Nasuha Rumi Dan Terjemahan
Sumber Dan Rujukan