Doa selamat ringkas merupakan doa yang dibaca pada majlis kesyukuran atau sebelum memulakan sesuatu program.
Tidak kiralah majlis kesyukuran, perhimpunan, majlis perpisahan, majlis kahwin, atau sebagainya.
Biasanya pasti akan ada seseorang yang mengetuai bacaan doa sebelum majlis dimulakan.
Berdoa amat dianjurkan dalam Islam firman ALLAH SWT dalam Al Quran Allah SWT berfirman:
“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu…” – (Surah Ghafir, ayat 60)
Ayat itu diatas menunjukkan, Allah SWT memberikan jaminan akan mengabulkan setiap permintaan hambaNya yang berdoa kepadaNya.
Rasulullah SAW juga bersabda:
“Hendaklah kalian berdoa dan meminta kepada Allah SWT segala hajatnya, hatta jika ingin meminta garam atau tali kasutnya apabila ia terputus.” – (Jami’ Tirmizi)
Oleh itu jadikan doa sebagai satu senjata dan amalan buat kita.
Doa selamat ringkas rumi serta terjemahan
Maksud doa selamat ringkas rumi di atas:
Ya Allah, sesungguhnya kami meminta perlindungan dan kami simpankan kepadaMu agama kami, diri kami, keluarga kami, anak-anak kami, harta-harta, dan segala sesuatu yang telah Engkau berikan kepada kami.
Ya Allah, jadikan kami dalam pemeliharaanMu, keamananMu serta perlindunganMu dari syaitan yang derhaka, keterpaksaan yang menyimpang dari mata gelap, kezaliman dan kejahatan.
Sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.
Ya Allah hiasilah kami dengan kesihatan dan keselamatan dan tetaplah kami dengan ketakwaan dan keteguhan hati dan jauhkanlah kami dari kejahatan besar yang menyesalkan.
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar atas segala permohonan.
Ya Allah, ampunilah kami, orang tua kami, anak-anak kami, guru-guru kami, saudara-saudara kami seagama, sahabat-sahabat kami, siapa yang menyayangi kami untuk mendapatkan redhaMu dan siapa yang berbuat baik kepada kami dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, orang Islam lelaki dan perempuan.
Ya Allah, Tuhan semesta Alam.
Ya Allah, berilah rahmat serta salam atas hamba dan utusanMu, junjungan kami Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabatnya.
Dan limpahkan rezeki kepada kami dan diikuti dengan kesempurnaan mengikutinya zahir dan batin, kesihatan dan keselamatan dengan rahmatMu Ya Allah Tuhan yang Maha Pengasih.
Dan Semoga Allah selalu melimpahkan selawat dan salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sabatnya.
Ya Tuhan kami, terimalah doa kami.
Sesungguhnya Engkau mendengar lagi Maha Mengetahui. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Menerima taubat lagi Maha Mengasihani.
Janganlah Engkau mengira kesalahan dan jenayah kami, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah.
Dan akhir doa-doa mereka (orang yang beriman) adalah segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta Alam.
Akhir Kata, Semoga dengan membaca doa selamat ringkas sebelum memulakan sesuatu majlis ini dapat memberikan kebaikan dan manfaat bagi semua yang terlibat InshaALLAH. Aamiin Allahumma Aamiin.
Baca Juga
- 2 Doa Selepas Solat Rumi, Arab Serta Terjemahan Ringkas
- 4 Doa Selepas Solat Rumi Dan Terjemahannya
- Doa Lepas Azan Serta kelebihan Mengamalkannya
- Doa selamat ringkas rumi
Sumber Dan Rujukan