2 Doa Witir Rumi (Doa selepas solat witir dan zikir)

Doa Witir Rumi – Selepas selesai solat sunat witir jangan terus bangun dari duduk, sebaiknya kita membaca zikir dan berdoa kepada ALLAH SWT.

Contoh zikir dan doa witir sebagaimana keterangan dibawah, anda boleh memilih salah satu dari doa witir di bawah.

Doa Witir Dan Zikir

Selesai solat sunat witir terus baca zikir dibawah:

Doa witir

Subhaanal Malikil Quddus 

Maksudnya:

” Maha Suci Tuhan yang Maha Suci“

Kemudian bacalah surah Al-Fatihah dan wirid. Perbanyakkan istighfar dan memohon keampunan kepada Allah.

DOA WITIR (DOA SELEPAS SOLAT WITIR)

Selepas menunaikan Solat Witir kita digalakkan untuk membaca salah satu daripada doa witir dibawah ini:

Doa Pilihan 1:

doa witir 1

Allahumma Inni ‘Auzu Biridhoka Min Sakhotika Wa Bimu’Aafatika Min ‘Uqubatika Wa ‘Auzubika Minka Laa Uhsii Tsana’an ‘Alaika Anta Kama Atsnaita ‘Alaa Nafsika

Maksudnya:

” Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, aku berlindung dengan kemaafanMu daripada BalasanMu, dan aku berlindung denganMu daripada tidak mampu memujiMu seperti Engkau memuji diriMu.“

Doa Pilihan Ke 2:

doa witir 2

“Allahumma innaa Nas’aluka iimaanan Daaimaan, wanas’aluka qalban khaasyi’an, wanas’aluka ‘ilman naafi’an, wanas ‘aluka yaqiinan shaadiqon, wanas ‘aluka ‘amalan shaalihan, wanas ‘aluka diinan Qayyiman, wanas ‘alukal ‘afwa wal’aafiyata, wanas ‘aluka tamaamal ‘aafiyati, wanas ‘alukash-syakra ‘alal ‘aafiyati, anas ‘alukal ghinaa’a ‘aninnaasi.
Allahumma RabbaNaa Taqabbal Minnaa SolaaTanaa WashiyaaManaa WaqiyaamaNaa Watakhusy-syu’anaa WataDhorru’Anaa wata’Abbadanaa Watammim Taqshiiranaa Yaa Allaahu Yaa Allaahu Yaa Allaahu Yaa Arhamar Raahimiin. Washallallaahu ‘alaa Sayyidina Muhammadin Wa ‘Alaa Aalihi Washahbihi Ajma’iina, Subhanaa Robbika Robbil ‘izzati amma yasifun, walhamdu lillaahi rabbil ‘Aalamiina.”

Maksudnya:

“Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon daripada Engkau keimanan yang berkekalan. Kami memohon daripada Engkau hati yang khusyuk (teguh dan sebulat hati). Kami memohon daripada Engkau ilmu yang bermanfaat. Kami memohon daripada Engkau keyakinan yang benar. Kami memohon daripada Engkau amalan yang soleh (patut).

Kami memohon daripada Engkau agama yang berkualiti. Kami memohon daripada Engkau keampunan dan kesihatan. Kami memohon daripada Engkau kesihatan yang sepenuhnya. Kami memohon daripada Engkau rasa syukur ke atas kesihatan. Kami memohon daripada Engkau kekayaan. Ya Allah! Terimalah solat kami, puasa kami, solat malam kami, kekhusyu’an kami, kerendahan hati kami, ibadah kami.

Sempurnakanlah kelalaian atau kekurangan kami, Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Wahai Yang Paling Pengasih di antara yang mengasihani. Selawat dan salam sejahtera Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabatnya. Maha Suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.”

Itulah 2 doa selepas solat witir yang boleh kita amalkan selepas selesai melaksanakan solat sunat witir.

InshaALLAH marilah sama-sama amalkan untuk mendapatkan keredaan dari Allah SWT.

Semoga doa kita dimakbulkan dan diterima oleh ALLAH SWT

Baca Juga:

Sumber Dan Rujukan