Apakah Itu Ds Twitter Account?
DS Twitter Account adalah singkatan pada perkataan Dark Side account yang membawa maksud pemilik Twitter memaparkan sisi gelapnya (keinginan seksual) tanpa mendedahkan nama serta gambar mereka sendiri.
Kebanyakan tulisan mereka mencarut, mengajak untuk melakukan hubungan intim dan pelbagai lagi seterusnya mendorong individu lain jantina melunaskan keinginan mereka.
Tidak dapat dipastikan siapakah yang berada dibelakang DS Twitter Account, namun ramai juga mempercayainya pemilik DS Twitter Account sangat jauh berbeza daripada penampilan yang sebenar.
Menurut Syafi, niatnya bukan untuk menyalahkan wanita bertudung tetapi individu yang mahu berselindung namun dalam masa sama menggunakan baju korporat adalah tidak wajar.
Kebodohan pemilik DS Twitter Account terserlah apabila memuatnaik gambar selfie yang agak jelas untuk dibuat pengecaman.
Lebih memalukan kerana individu tersebut bertudung labuh, memakai sarung lengan tetapi sangat ‘kehausan’ untuk dibelai oleh lelaki.
Ada juga netizen yang melabelkan golongan ini sebagai Ustazah Kinky bermaksud biarpun bertudung tetapi mempunyai keinginan tersirat yang harus diluahkan di media sosial.
Menjelaskan yang kebiasaannya akaun sebegini menggunakan sama ada gambar orang lain atau pun gambar sendiri tetapi hanya memaparkan bahagian tertentu tanpa pose wajah.
Lebih menyedihkan kerana ramai yang berada di sebalik akaun lucah ini adalah mereka yang bertudung. Oh! sedihnya.
Ia juga tidak terhad kepada wanita sahaja, kerana ramai juga lelaki membuat DS Twitter account untuk mencari mangsa yang sekufu.
Motif mereka ialah memuatkan gambar atau video lucah, ucapan berbau seks dan semuanya tanpa menonjolkan wajah yang sebenar
“DS tak bermaksud s**t. Dia mungkin nakal skit, tapi dia tak boleh luahkan kenakalan tersebut sebab dia bertudung atau popular atau takut diadili.
Mungkin dia mempunyai dua akaun berasingan iaitu sebuah Twitter yang bersih manakala sebuah akaun lagi sangat lucah.”
DS ini terdiri ramai daripada golongan perempuan. Melalui gambar dan video yang dimuatnaik semuanya untuk mendatangkan keuntungan dan kepuasan diri.
Bukan itu sahaja, ada yang sanggup menerima bayaran daripada orang yang tidak dikenali demi maruah yang dipertaruhkan semalaman di hotel. Nauzubillah.
Mengenai hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim). Hadith ini menjelaskan bahawa antara penghuni paling ramai di neraka adalah wanita kerana banyak faktor. Salah satu daripadanya adalah dengan tidak menjaga aurat dan mendedahkan di tempat awam.
Perkara seperti ini, seharusnya dibendung dari awal lagi.
Penyakit ini dilihat seperti barah yang semakin lama semakin membesar dan membahayakan generasi muda. Mereka terlalu berani sehingga hilang rasa malu untuk menayangkan wajah mereka didalam video ataupun gambar yang dipamerkan.
Melihat isu begini, kita tidak layak untuk menghukum mereka seolah-olah mengetahui apa yang mereka lalui.
Telah menjadi lumrah wanita itu bersifat malu dan lemah-lembut. Jika mereka bertindak sedemikian sudah tentu ada kisah gelap yang mengubah mereka.
Justeru, kita perlu mengingatkan seluruh wanita yang beragama Islam agar mereka sedar betapa tingginya darjat mereka di dalam agama Islam dan keburukan pornografi disisi agama Islam
Baca Juga:
Sumber Dan Rujukan