Faisal terima anugerah sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor 

Faisal terima anugerah sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor

SULTAN Sharafuddin (kanan) berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S.) kepada Faisal pada Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-79 di Balairung Seri, Istana Alam Shah. FOTO Bernama
SULTAN Sharafuddin (kanan) berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S.) kepada Faisal pada Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-79 di Balairung Seri, Istana Alam Shah. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Pemain sayap Selangor FC yang juga tonggak kebangsaan, Faisal Halim menerima pingat Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S.) sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Klang, hari ini.

Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima Darjah dan Bintang Kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah itu.

Selepas majlis itu, Faisal menzahirkan ucapan terima kasih di atas kurniaan anugerah itu dan berazam untuk bekerja lebih keras dan memberi yang terbaik buat pasukan diwakilinya.

“Merafak sembah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, diatas pengurniaan anugerah ini.

Disyorkan

“Patik dengan rendah diri merasa penuh syukur dan terharu menerima penghargaan ini. Saat ini akan patik kenang selamanya dan pastinya akan menjadi satu motivasi baru untuk patik terus bekerja keras dan memberikan yang terbaik buat semua. Daulat Tuanku,” kata Faisal di laman sosial miliknya.

Untuk rekod, pemain kelahiran Pulau Pinang itu adalah antara tonggak utama skuad Red Giants sejak 2023, dengan dia sudah meledak 12 gol dalam 31 penampilan.

Aksi menakjubkan itu menyaksikan dia membantu Selangor FC mara ke final Piala Malaysia musim lalu namun dikecewakan di tangan Johor Darul Ta’ZIM (JDT) di pentas akhir itu.

Sumbangan Faisal bersama skuad Harimau Malaya juga cukup besar dan pencapaian paling cemerlang membantu skuad negara beraksi di Piala Asia 2023 di Qatar Januari lalu, termasuk menjaringkan gol tercantik kejohanan ketika mengikat Korea Selatan 3-3.

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...