Fattah Amin ucap terima kasih kepada Fazura, dapat ‘dating’ dengan anak sambut hari jadi

Fattah Amin ucap terima kasih kepada Fazura, dapat ‘dating’ dengan anak sambut hari jadi

PELAKON Fattah Amin menyampaikan ucapan terima kasih isteri iaitu aktres Nur Fazura kerana memberi peluang untuk meluangkan masa bersama anak mereka.

Fattah, 34, berkongsi perkara itu apabila keluar bersama anaknya, Nur Fatima Aisya yang menyambut ulang tahun keempat pada 2 Oktober lalu.

“Terima kasih Mommy (Fazura) bagi peluang Daddy dating dengan Fatima,” katanya.

fattah 2Fatima teruja meluangkan masa bersama bapanya.

Fattah memuat naik gambar dan video kenangan itu di Instagram miliknya pada Khamis.

Dalam video berkenaan mereka dilihat bersama di sebuah taman permainan tertutup dan turut sempat memototong kek hari jadi.

Fatima kelihatan teruja bermain di tempat tersebut kerana tiada pengunjung lain pada hari berkenaan.

Malah anak kecil itu dikatakan terlalu seronok sehingga keletihan apabila pulang ke rumah.

“Kesian sampai tertidur balik tu,” ujarnya.

Hantaran Fattah itu pastinya mendapat perhatian ramai memandangkan dia dan Fazura kini sedang berdepan kemelut rumah tangga yang dijangka bakal berakhir dengan penceraian.

fazura 33Kisah rumah tangga Fuzara dan Fattah kini menjadi bualan ramai.

Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, memfailkan penceraian terhadap Fattah pada 13 September lalu.

Biarpun berdepan isu rumah tangga kedua-dua mereka dilihat masih mengekalkan hubungan baik sebagai ibu bapa.

Malah Fazura dan Fattah juga saling berbalas ucapan sambutan ulang tahun mereka yang disambut September lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...