Fazura mohon dilepaskan secara baik, tarikh sebutan permohonan belum ditetapkan

Fazura mohon dilepaskan secara baik, tarikh sebutan permohonan belum ditetapkan

Selebriti terkenal, Fazura mohon dilepaskan secara baik kepada suaminya, Fattah Amin selepas melayari rumah tangga selama 7 tahun.

Memetik laporan dari Utusan Online,  perkara tersebut dinyatakan oleh Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 40,  menerusi permohonan yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Jumaat lalu.

Fazura mohon dilepaskan secara baik

Fazura mohon dilepaskan secara baik kepada suami

Difahamkan, permohonan berkenaan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 atau bercerai secara baik.

Walau bagaimanapun, sumber memaklumkan yang tarikh sebutan permohonan cerai secara baik itu belum lagi ditetapkan oleh pihak mahkamah.

fattahaminz 292529663 863708601268865 1157983347060661396 n

Fazura mohon dilepaskan secara baik, tak pasti Fattah Amin sudah lantik peguam atau belum

Buat masa ini, belum dapat dipastikan sama ada aktor terkenal, Fattah Amin sudah melantik peguam syarie atau belum bagi mewakili dirinya bagi permohonan cerai tersebut.

Dalam pada itu, peguam syarie kepada Fazura tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan lagi memandangkan kini berada di luar negara.

fattahaminz 454650777 18450330592029274 4436018961431243370 nTerdahulu, berita Fazura menfailkan tuntutan penceraian terhadap suaminya benar-benar mengejutkan ramai memandangkan rumah tangga mereka yang jauh daripada gosip.

Namun begitu, beberapa spekulasi timbul termasuklah ada dakwaan mengatakan wujud orang ketiga dalam rumah tangga pasangan selebriti tersebut.

Sumber: Utusan Online (Suwarni Mokhtar)