Gambar nampak baby bump dikecamn netlzen, Ini respon Watie psl baby bump buat ramai setuju
Netizen Dakwa ‘Baby Bump’ Watie Makin Jelas, Komen Shuib Bikin Terhibur – ‘Banyak Sangat Makan Ni’
Kini Trending
Watie Hanifiah
Perkongsian terbaharu di Instagram milik isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah sekali lagi menuai perhatian wargamaya apabila ramai tertumpu kepada perutnya.
‘Baby bump’ makin jelas
Watie Hanifiah
Menerusi hantaran itu, Watie berkongsi sekeping gambar bersama rakannya yang dikenali sebagai Nana ketika mereka menghadiri majlis persandingan pelakon, Eyka Farhana dan pemain bola sepak, Akhyar Rashid yang diadakan di Langkawi, pada Isnin.
Watie atau nama sebenar Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah kelihatan anggun mengenakan busana berona coklat di majlis tersebut.
Pun begitu, rata-rata wargamaya yang singgah ruangan komen bercakap tentang keadaan perut Watie yang didakwa sedang hamil. Hal ini kerana, bentuk ‘baby bump’ semakin jelas kelihatan.
Tidak sekadar itu, komen berbentuk usikan yang ditinggalkan Shuib turut mencuit perhatian sekali gus menguatkan dakwaan bahawa Watie benar-benar sedang berbadan dua.
Banyak sangat makan ni sayang (Watie) daddy (Shuib).
Walau bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan dibuat oleh Shuib mahupun Watie berhubung spekulasi mereka bakal menimang cahaya mata.
Imbas kembali, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.
Sebelum ini, Shuib mempunyai empat orang anak hasil perkahwinannya bersama arwah isteri, penyanyi Siti Sarah Raissuddin.
Sumber: Instagram