Seorang guru bukan Islam ajar tulisan jawi di sekolah telah menarik perhatian ramai apabila dilihat mahir dan tidak kekok sewaktu menyampaikan ilmu tersebut kepada para pelajarnya.
Menerusi video yang dikongsi seorang guru dikenali sebagai Loren Fren yang mengajar di pedalaman Sabah, dia memuat naik video tersebut sebagai satu kenangan mengajar tulisan jawi yang termasuk dalam subjek Bahasa Melayu bermula tahun 2020.
Guru bukan Islam ajar tulisan jawi, memang ada dalam subjek BM sejak 2020
Ujarnya, sebagai rakyat Malaysia, tidak salah jika kita mengetahui serba sedikit berkenaan tulisan bersejarah ini memandangkan ia juga adalah warisan dan sejarah Melayu.
Jadi, dia berharap agar netizen tidak beranggapan negatif kerana kita semua pastinya mahu hidup dengan membawa kedamaian.
Guru bukan Islam ajar tulisan jawi, masih lagi belajar
Dalam pada itu, Loren Fren turut berharap mana-mana pihak yang mahir dalam tulisan jawi untuk tidak mencuba untuk mengujinya kerana dia cuma menjalankan tanggunjawab sebagai seorang guru untuk mengajar dan bukan bertindak mahu menunjuk pandai.
Jelas Loren, dia masih lagi belajar serta memberi tunjuk ajar kepada murid-murid berdasarkan buku sahaja.
Perkongsian yang dibuat guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bawang K9, Beluran, Sabah itu telah mendapat perhatian ramai apabila rata-rata menzahirkan rasa kagum dengan subjek yang diajar olehnya.
Mereka juga memuji tulisan Loren yang terlihat cantik serta memberi sedikit tips serta saranan supaya menggunakan pensil yang dibuat khas untuk tulisan jawi khat agar nampak lebih kemas.
Difahamkan, tulisan jawi telah dimasukkan dalam subjek Bahasa melayu tahun empat bermula pada 2020 dan masih dikekalkan sehingga mereka kini.
Ia bertujuan untuk memperkaya murid-murid dari aspek seni, warisan dan sejarah Melayu.
Sumber: Facebook Leren Fren