Kita semua diajar dari kecil bahawa kita tidak boleh baca Al Quran tanpa wuduk, Adakah benar begitu?
Semua umat islam pasti tahu dan pernah di ajar bahawa sebelum membaca Al Quran, kita perlu mengambil wudhu dan perlu menjaga batas-batas ketika membacanya. Tetapi bagaimana pula hukum bagi orang yang membaca AlQuran tanpa wudhu?
Terdapat perbezaan pandangan untuk isu ini, ada yang berpendapat boleh dan ada yang berpendapat tidak boleh, tetapi disini ada sebuah hadist dan ayat Al Quran yang boleh kita rujuk untuk masalah baca Al Quran tanpa wuduk ini.
firman Allah SWT di dalam surah al-Waqiah ayat 79:
لا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ
Yang bermaksud, tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci.
Manakala Rasulullah SAW bersabda:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لا تمسَّ القرآنَ إلَّا وأنت طاهرٌ
Yang bermaksud, sabda Rasulullah s.a.w tidak boleh menyentuh al-Quran kecuali orang yang bersuci.
Melihat daripada dua ayat di atas maka kita tidak dibenarkan menyentuh al quran tetapi diperboleh baca Al Quran tanpa wuduk tanpa menyentuh mushaf.
Yang dimaksud kita boleh baca Al Quran tanpa wuduk sebagai contoh membaca hafalan kita didalam kepala tanpa menyentuh mushaf Al Quran.
Tetapi Bagaimana Pula Hukum Baca Al Quran Tanpa Wuduk Di Telepon Pintar?
Terdapat juga 2 perbezaan pendapat berkenaan baca al quran tanpa wuduk Iaitu:
- telefon bimbit dan peralatan seumpamanya yang di dalamnya ada kandungan Al-Qur’an tidak seperti hukumnya mushaf. Ini kerana huruf Al-Qur’an yang terdapat di peralatan ini berbeza dengan keberadaan huruf di mushaf. Maka kita dibenarkan untuk membaca AlQuran di telefon walaupun kita tidak mengambil wudhu sebelumnya.
- dikatakan yang membaca Al Qur’an dari HP sama dengan dari mushaf Al Qur’an langsung
Menurut daripada penyataan Ustaz Azhar Idrus berkenaan isu baca Al Quran tanpa wuduk di telefon, Beliau lebih cenderung memilih pendapat yang pertama!
Kelebihan Membaca Al Quran
Sebenarnya Membaca AlQuran banyak manfaat bagi diri kita. Sebab itu kita digalakkan membaca AlQuran setiap setiap. Antara manfaat untuk mereka yang mengamalkan membaca AlQuran adalah seperti yang dikongsikan di bawah ini. Anda juga boleh mendapat manfaat ini jika dapat meluangkan masa untuk membaca AlQuran ini selalu.
MENENANGKAN HATI
Membaca AlQuran dapat memberikan ketenangan buat diri kita. Jika fikiran anda sedang bercelaru dengan masalah dan hati tidak tenang, anda digalakkan untuk membaca AlQuran. Insyaallah selepas itu hati anda akan tenang dan anda akan jumpa jalan penyelesaian untuk masalah anda.
PENAWAR KEPADA PENYAKIT
Bagi anda yang sakit, dah mencuba pelbagai cara tetapi masih juga belum sembuh, anda boleh mengamalkan dengan membaca AlQuran. Ini kerana, salah satu kelebihan AlQuran adalah mampu menyembuhkan segala jenis penyakit
MENDAPAT PAHALA
Orang yang sering membaca AlQuran akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah. Bukan itu sahaja, AlQuran juga mampu menjadikan seseorang itu mempunyai peribadi yang mulia.
SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT
Orang yang membaca AlQuran, dapat menyelamatkan diri mereka dari segala kejahatan di dunia dan selamatkan diri kita dari seksaan kubur dan boleh menyelamatkan diri kita di akhirat kelak.
MENYEMBUHKAN PENYAKIT HATI
Rajin membaca AlQuran dapat menyembuhkan dari penyakit hati seperti hasad dengki, iri hati, tamak dan bermacam lagi. Ia sekali gus dapat menjadikan kita sebagai seorang insan yang baik di dunia dan di akhirat.
Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang mencintai dan melazimi dalam membaca al-Quran serta beramal dengan apa yang terdapat di dalam kitab-Nya. Amin.
Baca Juga: kenapa kita perlu membaca al-quran walaupun tidak memahaminya”
Sumber mufti