“Kisah inspirasi Ibu 7 Anak Berjaya Genggam PhD di usia 52 tahun walaupun sebelah mata bermasalah. Setiap graduan mesti tak sabar menantikan hari konvokesyen setelah sekian lama bertungkus lumus menuntut ilmu. Terdahulu, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan ijazah PhD, sarjana dan sarjana muda kepada 1,124 graduan UiTM pada hari kedua istiadat konvokesyen.
Kisah inspirasi Ibu 7 Anak Berjaya Genggam PhD
Mempunyai masalah penglihatan iaitu mata kanan tidak berfungsi tidak sesekali melunturkan semangat ibu 7 anak untuk memperoleh ijazah doktor falsafah (PhD), lapor Bernama.
Norhayati Sambak, 52, Ibu 7 Anak Berjaya Genggam PhD, berkata meskipun mengambil masa 6 tahun, beliau bersyukur dapat menghabiskan pengajiannya dalam bidang perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau yang juga merupakan pensyarah di UiTM Kelantan ini menjelaskan yang anak-anak dan suami adalah pemb4kar semangatnya untuk mengambil PhD.
Norhayati turut menyatakan beliau pernah juga pernah mahu berputus asa, pernah rasa mahu jual tanah untuk bayar semula biasiswa dan pada satu tahap, beliau rasa macam sudah tak nampak hala tuju kerana tiada hasil. Beliau turut bersyukur kerana ramai penyelia menjadi tulang belakangnya.
Norhayati kini terpaksa menggunakan kanta pembesar bagi menjalani kehidupan seharian selepas mata kirinya pula mengh1dap lekangan retina, namun itu tidak memadamkan cita-citanya untuk meraih skrol PhD.
Wanita cekal yang telah menghasilkan 2 buku berkaitan kewangan ini turut dibantu staf UiTM mendapatkan suaminya selepas majlis memandangkan penglihatannya yang sangat minimum membantutkan pergerakannya.
Mungkin kisah Ibu 7 Anak Berjaya Genggam PhD ini boleh bagi inspirasi dekat pelajar untuk terus berusaha mencapai kejayaan!
Baca Juga: 6 bisnes modal kecil untung besar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber Dan Rujukan
- https://lobakmerah.com/
- Media Bumi