Madinah Merupakan tempat yang terpilih Oleh ALLAH SWT, Oleh itu menetap dan meninggal di madinah merupakan impian setiap muslim, Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.
Madinah merupakan salah satu kota suci umat Islam yang dituntut untuk kita menziarahinya. Kota Madinah juga merupakan tempat hijrah Rasulullah SAW, yang merupakan tempat yang dipilih oleh Allah dan Allah yang memerintahkan Rasulullah SAW untuk berhijrah ke Madinah. Madinah juga merupakan kota yang Rasulullah SAW cinta kepadanya sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha, bahawa Rasulullah SAW berdoa:
اللَّهُمَّ حَبِّبْ إلَيْنا المَدِينَةَ كَحُبِّنا مَكَّةَ أوْ أشَدَّ، اللَّهُمَّ بارِكْ لَنا في صاعِنا وفي مُدِّنا، وصَحِّحْها لَنا، وانْقُلْ حُمّاها إلى الجُحْفَةِ
Maksudnya: Ya Allah Jadikan kami mencintai Madinah, seperti cinta kami kepada Makkah atau lebihkan lagi dari Makkah. Ya Allah berkatilah timbangan dan ukuran kami. Sehatkan lah Madinah untuk kami. Pindahkan lah wabah penyakit ini ke kota Juhfah.”
Riwayat al-Bukhari (1889)
Bagi sesiapa yang menunaikan haji di Tanah Suci Mekah, selain untuk menyempurnakan ibadah pastinya mengimpikan untuk meninggal di Madinah kerana mahu berdekatan dengan Nabi Muhammad SAW.
Namun kita hanya merancang dan hanya Tuhan yang menentukan. Jika bukan disebabkan takdir dariNya, tidak mungkin impian untuk berada dekat dengan Nabi Muhammad SAW akan terlaksana.
Kisah Impian Seorang Wanita Yang ingin meninggal di madinah
Seperti perkongsian di laman Instagram PU Amin yang memberitahu impian seorang wanita yang mahu duduk berdekatan dengan Nabi Muhammad dan ternyata Allah kabulkan niatnya itu.
View this post on Instagram
Almarhum Sabariah Simek yang mengikuti rombongan jemaah Simply Umrah meninggal di Madinah dan jenazahnya telah disempurnakan solat jenazah oleh jemaah di Masjid Nabawi.
Menurut PU Amin, dia bersyukur kepada Allah dapat menghantar jenazah Makcik ini ke Baqi’ dan memohon agar Makcik ini agar dapat mengingati mereka dan membawa untuk berjumpa Nabi dan dapatkan syafaat Nabi di Padang Mahsyar nanti.
Dan sebagai balasan menurut PU Amin adalah supaya Makcik ini nanti dapat memanggil dan selamatkan mereka di Padang Mashyar.
Impian dan cita cita nya duduk dekat Nabi Muhammad Saw . Alhamdulillah Allah kabulkan . Selesai urusan dokumentasi dan proses mandi kafan dia meninggal semalam..
Hari ini semua jemaah di Masjid Nabawi telah malaksanakan Solat Jenazah makcik iaitu Al Marhumah Sabariah bt Simek ( jenazah no 15 ) yang telah meninggal di madinah..
Dia adalah jemaah Simply Umrah bersama kami semua . Alhamdulillah dapat hantar dia ke baqi’..
Moga makcik ingat nama orang orang yang bantu makcik didunia ini untuk ke Baqi’ tau, moga makcik dapat bawa kami jumpa Nabi dan dapatkan Syafaat Nabi masa di Padang Mahsyar . Kami tak harapkan balasan lain , kami nak makcik panggil kami dan selamatkan kami dalam ramai ramai orang dekat Mahsyar nanti . Bantu kami Ya Makcik..
Selamat berehat Makcik . Seronok sangat dapat tinggal di baqi’ . Untung makcik . Jangan lupa kami makcik . Saya pulang ke Malaysia dulu makcik . Moga makcik gembira dan aman di sana.
“Siapa yang mati dimadinah dan dikebumikan di baqi’ , mereka ini akan utama dan layak mendapat syafaat ku” -mafhum hadis-
Sungguh beruntungnya bagi sesiapa yang diizinkan untuk menjejakkan kaki di dan meninggal di madinah sebuah kota suci orang islam.
Baca Juga: larangan ketika ihram, Hikmah larangan menggunakan sabun wangi ketika sedang ihram