Ina Naim Sedia Jadi Isteri Semula, Perjelas Ciri-ciri Lelaki Yang Sesuai Jadi Suami 

Ina Naim Sedia Jadi Isteri Semula, Perjelas Ciri-ciri Lelaki Yang Sesuai Jadi Suami

Balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim menjelaskan bahawa dia kini sudah bersedia untuk kembali bergelar isteri. Jelasnya, ia bukan satu masalah seandainya bakal berkahwin semula atau tidak berkahwin langsung kerana pengakhiran antaranya dan arwah suami dahulu adalah satu pengakhiran yang baik.

Jelasnya, sepanjang dia bergelar isteri sebelum ini, Ina Naim menjelaskan bahawa arwah suaminya jenis orang yang tak pernah ‘naik tangan’, sentiasa menyayanginya dan membimbing dirinya untuk melakukan kebaikan.

Selain itu, Ina Naim turut menceritakan ciri-ciri lelaki jika seandainya ingin menjadi suaminya.

“Sebab tu Kak Ina boleh terima perkahwinan (baru), boleh terima orang lain untuk jadi pasangan Kak Ina, tapi Kak Ina mahukan ciri-ciri orang yang sentiasa menjaga (hubungan baik dengan) Allah.”

Screenshot 2024 10 16 172632 1Dalam pada itu, Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim sekali lagi menepis dakwaan yang mengatakan dia kini sudah mengedar kad undangan majlis perkahwinannya.

“Gossip yang keluar dekat media sosial itu semua hanya bersangka-sangka sahaja, Kak Ina tak ada dengar cerita apa-apa lagi, elakkan fitnah.”

Screenshot 2024 10 16 172648 1Malah, Ina Naim ada menambah ciri-ciri bakal suami di mana dia mahukan seseorang yang boleh terima dirinya seadanya, terima pendapatnya dan juga orang yang boleh menjaga anak-anaknya yang sedang membesar ini.

Sumber : Facebook

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...