Inilah keadaan sungai tigris sekarang, Ahli Arkeologi Menemui Bandar Purba Didasarnya

Keadaan sungai tigris sekarang yang semakin mengering, Sekumpulan ahli arkeologi dari Jerman dan Iraq telah menemui bandar purba yang berusia 3,400 tahun dipercayai peninggalan Empayar Mittani yang terletak di sekitar Sungai Tigris, lapor laman berita Science Alert pada 31 Mei 2022.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti Tubingen, keadaan sungai tigris sekarang yang mengering telah memicu penemuan bandar lama setelah paras air di empangan Mosul di Iraq menurun secara mendadak. Penurunan paras air disungai tigris sekarang itu disebabkan oleh kemarau melampau yang melanda Iraq.

z 63

Di sungai Tigris sekarang, ahli arkeologi menemui runtuhan istana dan bangunan besar lain. Mereka mengesyaki bandar itu bernama Zakhiku yang merupakan pusat Empayar Mittani sekitar tahun 1550-1350 sebelum masihi.

“Proses cari gali menunjukkan bahawa tapak ini adalah pusat penting Empayar Mittani,” kata Hasan Qasim dari Pertubuhan Arkeologi Kurdistan.

Ahli-ahli arkeologi segera melakukan cari gali selepas paras air empangan Mosul yang amat dalam sebelum ini surut kerana kemarau. Proses penemuan bandar purba di dasar empangan itu telah dilakukan sekitar Januari dan Februari lalu.

Baca  Juga: Munculnya Gunung Emas Sungai Furat Petanda Akhir Zaman Dan kiamat

Gambar Keadaan Sungai Tigris Sekarang Yang Sedang Mengering

Keadaan sungai tigris sekarang yang kering

Gambar Keadaan Sungai Tigris Sekarang Yang Sedang Mengering

Pakar arkeologi dari Universiti Freiburg, Ivana Puljiz yang terlibat dalam penemuan bandar purba itu berkata, proses cari gali berlangsung beberapa hari sahaja.

“Penemuan beberapa bahagian binaan tinggi diyakini memainkan peranan penting bagi Empayar Mittani. Bahagian besar bangunan itu pula sangat penting kerana menyimpan kuantiti makanan yang banyak dan mungkin untuk bekalan seluruh wilayah,” jelasnya.

Seorang daripada ahli arkeologi itu bernama Dr. Peter Pfälzner dari Universiti Tübingen menyatakan, dengan penemuan bandar purba itu mereka berharap akan dapat memahami lebih lagi tentang pengakhiran era Mittani, dan permulaan kepada pemerintahan orang Assyria di rantau itu.

Sungai Tigris sekarang merupakan salah satu sungai terpenting selain dari sungai Furat yang menjadi sumber air kepada pertanian, tenaga hidro dan juga laluan kepada jutaan pengguna sekitar Asia Barat.

Bandar purba berusia 3,400 tahun yang ditemui di Iraq baru-baru ini dipercayai bernama Zakhiku yang merupakan pusat Empayar Mittani. – Foto Universiti Freiburg.

Salah satu bekas seramik yang mengandungi tablet cuneiform. – Foto Universiti Freiburg.

Dinding bangunan penyimpanan makanan yang banyak. – Foto Universiti Freiburg.

Antara barangan purba yang ditemui di tapak lokasi bandar tersebut. – Foto Universiti Freiburg.

Sungai ini telah disebut oleh Rasulullah sebagai salah satu tanda akhir zaman. Sungai ini dikenal dengan nama Al-Furat dalam bahasa arab, yang membawa erti air paling segar. Menurut Dr Syauqi Abu Khalil dalam Athlas Al-Hadith Al-Nabawi, Eufrat adalah sungai yang mengalir dari timur laut Turki.

Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda,

‘’Hari Kia’mat tak akan terjadi sebelum Sungai Eufrat mengering dan menyingkapkan ‘Gunung Emas’ yang mendorong manusia berpe’rang. 99 dari 100 orang akan tew’as (dalam perte’mpuran), dan setiap dari mereka berkata, ‘Mungkin aku satu-satunya yang akan tetap hidup’.’’ (HR Bukhari).

Namun Nabi shallallahu alaihi wasallam juga melarang siapa saja yang melihat kemunculan gunung emas tersebut untuk mengambilnya walau sedikit pun. Hal yang sama, juga diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

يُوشِكُ الْفُرَاتُ أَنْ يَحْسِرَ عَنْ جَبَلٍ مِنْ ذَهَبٍ، فَمَنْ حَضَرَهُ فَلَا يَأْخُذْ مِنْهُ شَيْئًا

“Sebaik sahaja Sungai Efrat mengering maka akan nampaklah gunung emas. Barangsiapa yang menjumpainya, jangan diambil sedikit pun.” (HR. Muslim no. 2894).

Dalam hadits itu, Rasulullah pernah bersabda, bahawa sungai yang mengalir di tiga negara besar, Turki, Syria dan Iraq ini pada suatu masa akan memperlihatkan harta karun terbesar iaitu gunung emas. Selain itu, dalam kitab Al-Burhan fi `Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman, pula menyatakan, sebaik kerinya sungat Eufrat, ia merupakan petanda datangnya Imam Mahdi, saat akhir zaman itu sudah tiba

‘’Sungai itu melalui Pengunungan Toros, lalu melewati Syria di kota Jarablus, melalui Iraq di kota al-Bukmal, dan bertemu Sungai Tigris di Al-Qurnah yang bermuara di Teluk Arab,’’ ujar Dr Syauqi. Panjang sungai itu mencapai 2.375 kilometer. Dua anak sungainya iaitu Al-Balikh dan Al-Khabur sudah pun mengering.

Pada saat Nabi Muhammad shalallahu alaihi wasallam meramalkan masa depan Sungai Eufrat dalam sabdanya, wilayah Subur yang terletak di daerah Mediterranean ini masih dikuasai oleh oleh dua kuasa besar pada zaman dahulu iaitu Parsi dan Byzantine yang mana Sungai Eufrat menjadi garis sempadan dua kerajaan ini dahulunya.

Dengan keadaan sungai tigris sekarang yang sedang mengering dengan dasyatnya, semoga menjadi peringatan kepada kita agar bersiap sedia dan perbanyakkan amalan semoga kita terhindar daripada fitnah gunung emas

Baca Juga: Keajaiban solat tahajud ‘Wanita ini dapat pergi Makkah 7 Tahun Berturut-turut’

Semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa kita dan memasukikan kita ke dalam syurga Allah

Sumber Dan Rujukan

Leave a Comment