Kad Jemputan Sudah Diedar, Ina Naim Didakwa Bakal Kahwin Dengan Artis? Ini Respon Tuan Badan
Tak ada angin, tak ada ribut tular pula dakwaan mengatakan balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim bakal berkahwin dalam masa terdekat.
Memetik sumber Harian Metro, kad jemputan perkahwinan didakwa telah diedarkan di kampung Ina dekat Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.
Lebih mengejutkan apabila pasangan tersebut juga merupakan seorang artis, biar betul?
Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim menafikan dakwaan dan berseloroh mempersoalkan, “Artis mana pula nak dengan Ina ni? Dah la anak ramai”.
Dalam pesanan WhatsApp kepada wartawan itu, Ina turut menyelitkan emoji ketawa dan meminta izin kerana mempunyai urusan lain.
Ha, tuan badan sendiri pun dah bersuara. Harap dapat menjawab semua khabar angin itu ya. Apa-apa pun kami mendoakan semoga urusan Ina dan keluarga dipermudahkan.
Untuk rekod, Suhaimi Saad yang merupakan bekas anggota kumpulan nasyid In-Team menghembuskan nafas terakhir pada 15 November 2023 di usia 43 tahun akibat akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat anak iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...