Kaedah Tanam Nenas MD2 Dalam Pasu. Tak Perlu Siram, Tapi Hasilnya Manis Sangat

Kaedah Tanam Nenas MD2 Dalam Pasu. Tak Perlu Siram, Tapi Hasilnya Manis Sangat

Nanas antara superfood yang disaran makan kalau boleh setiap hari kerana vitamin C yang terkandung di dalamnya. Sebab itu berbaloi sangat kalau kita menanam buah ini di rumah terutama nanas MD2 yang kita tahu manis sangat rasanya.

Malah ia antara pokok buah yang boleh ditanam dalam pasu. Jika berhajat untuk menanamnya boleh ikut cara yang ditunjukkan oleh Azuan Abdullah.

7213Alhamdulillah. Pagi semalam kami siap tanam nanas MD2. Tanam tak banyak pun, 5 pasu je. Guna pasu plastik saiz 16 x 15 inci.

Isi tanah campuran dalam pasu hingga hampir penuh. Tanah campuran ini kami buat sendiri. Nisbah 1 tanah + 2 organik + 3 pasir.

7208Bila tanam MD2 dalam pasu, media tanaman yang paling penting. Kita nak media yang peroi dan poros.

Nanas MD2 sangat sangat manja dan sensitif bila media padat, lembap dan banyak pegang air. Kesannya pokok akan jadi buruk atau reput pangkal.

Anak benih saya guna sulur gred A. Tinggi anak benih 2 kaki lebih.

Sebelum tanam, buang dulu semua akar yang ada di bahagian pangkal anak benih. Boleh rujuk gambar di bawah;

Sebelum buang akar

7209Selepas buang akar

7210Lepas tanam, saya tak siram pun. Dengan keadaan musim sekarang, memadai dengan air hujan dan embun sahaja.

Pembajaan saya akan start letak lepas 45 – 50 hari lepas tanam . 100% akan guna baja npk larut air. Caranya siram atau spray di tengah tengah pucuk.

7211Lagi 9 hingga 10 bulan boleh nikmati hasil macam ni. Nanas MD2 ini manisnya memang tak boleh bincang.

7212

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...