Kalau suka buat asam pedas dan laksa, memang elok tanam sendiri pokok kesum ini. Senang bila nak guna, petik saja di laman rumah.
Cumanya ramai yang dah beberapa kali cuba tanam pokok kesum tapi tak menjadi, baik tanam dalam air atau gunakan medium tanah.
Jika dah cuba tanam namun gagal, kali ini apa kata ikut kaedah yang dikongsi Wan Mohd Naziran melalui Facebook Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri. Kaedah yang katanya diperoleh dari Cikgu Nur Kama memang menjadi. Tak sampai 24 jam dah nampak hasilnya.
1. Cari bekas yang boleh menakung air. Apa-apa bekas pun boleh.
2. Isi tanah separuh penuh.
3. Penuhkan bekas dengan air, kalau guna air paip pastikan biar selama 24 jam sebelum semai kesum. Mula tanam jam 5pm
4. Ambil bahagian pucuk kesum dengan 5-6 helai daun (top part of the plant)
5. Cucuk pucuk kesum ke dalam tanah sampai tenggelam semua melainkan pucuknya. Jam 10pm, lima jam selepas semaian
6. Pembajaan dibuat setiap 2 minggu. Boleh guna apa jenis baja, larutkan dalam air. Semaian kesum hidup subur selepas 13 jam ditanam
Selamat mencuba.
Sumber: Wan Mohd Naziran via Facebook Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Cara Masak Sardin Cepat Tanpa Goreng, Ikut RAHSIA Ini Mesti Tak Hanyir
Published
5 days ago
on
December 20, 2024
By
Cara Masak Sardin Cepat Tanpa Goreng, Ikut RAHSIA Ini Mesti Tak Hanyir
Walaupun hanya makan nasi dengan berlaukkan sardin, ia sudah cukup memikat selera. Kali ini, kami nak kongsikan cara masak sardin yang cepat tanpa perlu goreng terlebih dahulu.
Selain menjadi makanan yang mudah dimasak ketika berkhemah, sardin juga telah menjadi pilihan ramai sebagai lauk yang ringkas di rumah.
Seorang pengguna di Facebook iaitu Mawar Merah telah kongsikan cara masak sardin yang menarik perhatian ramai kerana hasilnya tetap sedap walaupun tanpa goreng. Jom kita cuba!
CARA MASAK SARDIN CEPAT TANPA GORENG
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi merah terlebih dahulu.
2. Selepas itu, tumis bahan tumbuk atau cili kering kisar sampai naik bau.
3. Kemudian, masukkan halia ketuk, cili padi, sos sardin dan masak sampai mendidih.
3. Seterusnya, masukkan sardin, air asam jawa, kentang dan gaul-gaul manja tapi jangan sampai sardin hancur.
4. Apabila sambal sudah masak, boleh masukkan bawang yang telah dipotong bulat. Kemudian, letak sedikit garam atau perasa. Siap untuk dihidang!
Ramai kata jika tak nak sardin bau hanyir, kena goreng dahulu. Namun, cara masak sardin seperti ini lebih mudah dengan memasukkan halia ketuk bersama air asam jawa supaya lebih sedap dan tak berbau.
Manalah tahu hari ini mood nak masak secara ringkas saja, bolehlah guna cara masak sardin yang sedap tak terkata ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Mawar Merah
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: