Saja nak share, yang dah tahu abaikan aje ye
Kalau masak nasi guna beras basmathi tip akk untuk nasi yg lembut, berderai n masak sekata…
– Basuh beras bersih n rendam 20 minit dalam air yg diletakkan dgn garam sedikit….(petua ni saya ikut dari guru lama saya untuk bagi nasi kita berderai n lembut)
– Sukatan air nisbah 1 cawan beras bersamaan 1 cawan 1/2 air(1/2 tu susu atau santan) bergantung nasi apa yg korang nak masak..
– Untuk memasak akk didihkan dulu air baru masukkan beras..
– Kacau beras semasa air masih byak, jika dh kering better kacau sekali je untuk mengelakkan beras kita patah…
– Untuk mewarnakan nasi korang tunggu air kering baru titiskan pewarna n biarkan sekejap baru kacau…
– Untuk nasi2 yang akk masak untuk tempahan last sekali akk akan letak dua sudu butter…(cara akk le)
Kredit: Faizah Md Zain