Kanak-Kanak Perempuan 12 Tahun Hilang, Polis Mohon Bantuan Orang Ramai Kesan Dhiya Azzahra

Kanak-Kanak Perempuan 12 Tahun Hilang, Polis Mohon Bantuan Orang Ramai Kesan Dhiya Azzahra

Polis kini sedang mencari seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah di Seksyen U3, Sungai Buloh, pada pagi Sabtu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor, laporan kehilangan itu dibuat oleh bapa kanak-kanak tersebut sekitar jam 7.40 malam, Sabtu.

“Kanak-kanak ini dikenali sebagai Dhiya Azzahra Muhamad Alhalifi, tinggi lebih kurang 150cm, berat 45kg, dan berkulit sawo matang.

“Kali terakhir dia dilihat memakai seluar jeans baggie, tudung hitam, baju sejuk dan kasut sukan warna-warni,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

PM169491Dhiya dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak keluar sekitar jam 9 pagi pada hari kejadian.

Polis kini memohon bantuan orang ramai untuk membantu mengesan Dhiya.

Jika ada sesiapa yang mempunyai maklumat boleh terus menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Hizam Talib, di talian 012-6550262.

Semoga Dhiya ditemui dengan selamat. 🙏

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...