Skip to content

My Media Maya

Informasi Ilmia Harian Anda

Menu
  • Home
    • Penafian
    • Dasar Privasi
  • Semasa
  • Pengetahuan
  • Kesihatan
  • Ibadah
  • Doa
  • Tazkirah
Menu

Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Perigi Sedalam ‘30.48 Meter’ Di Magribi Hampir Diselamatkan

Posted on February 5, 2022February 5, 2022 by admin

Kanak-kanak terperangkap dalam perigi di Maghribi hampir diselamat

RABAT – Usaha menyelamat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terperangkap di dalam sebuah perigi di Maghribi kini masuk hari ketiga selepas empat hari mangsa dilaporkan terperangkap, lapor laman berita Wion News semalam.

Perigi itu terletak di sebuah perkampungan di utara Ighran, dalam wilayah Chefchaouen.

Setakat ini, pasukan penyelamat berjaya menyalurkan saluran oksigen dan air kepada mangsa, Rayan. Mereka juga telah mendapat respons daripada kanak-kanak tersebut.

“Kami hampir berjaya. Kami bekerja tanpa henti selama tiga hari dan mula berasa letih. Bagaimanapun, pasukan penyelamat masih bertahan,’’ kata ketua operasi, Abdesalam Makoudi.

Tambah Abdesalam, pasukan penyelamat menggali sedalam 28 meter dalam operasi tersebut serta mencipta alat untuk cuba mencapai mangsa.

“Kanak-kanak itu semakin hampir diselamatkan. Kami berdiri teguh bersama keluarga mangsa dan berdoa agar dia dapat diselamatkan dengan segera,’’ jelas jurucakap kerajaan, Mustapha Baitas.

Menurut laporan, insiden itu bermula apabila mangsa dilaporkan hilang ketika bermain.

“Seluruh keluarga keluar untuk mencari Rayan sebelum kami menyedari dia telah jatuh ke dalam perigi. Saya masih menaruh harapan untuk mengeluarkannya hidup-hidup,’’ kata ibu mangsa.

Menurut laporan media tempatan, pasukan perubatan telah bersiap sedia di lokasi kejadian untuk memeriksa keadaan mangsa sebaik sahaja dia diselamatkan. Pihak berkuasa turut menyediakan helikopter untuk membawa kanak-kanak itu ke hospital. – Agensi

Sumber Dan Rujukan

Kosmo

Share this:

Related posts:

  • Inilah 4 Benda Yang Sangat Berba’haya Tidak Boleh Disimpan Di Dalam Peti Sejuk

  • Ada yang ‘s4kit hati’ tengok Maria Farida terlalu lawa, Pelbagai gelagat komen dari natizen

  • Pernah Ditolak Pinjaman Konon Rakyat Malaysia Tak Makan Burger, Kini Jualan Ramly Burger Cecah RM1 Bilion

  • 0rang Pertama Dibekukan H!dup2 Selama 54 Tahun. Dan Pada 2017 Yang Lalu Ekperimen Ini Menjadi Sebuah Sejarah Dunia

  • Bapa tunggal ini terpaksa berhenti kerja dan meng’emis sambil membawa anak kecil

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terbaru

  • “Leher Terpaksa Dite’buk” Al…
    May 25, 2022
  • Anak-anak sampai tegur agar naikkan 10 s…
    May 25, 2022
  • Petua Rimbunkan Pokok Kari Yang Tanam Da…
    May 24, 2022
  • Teknik Petani Thailand Tanam Ubi kayu Ag…
    May 24, 2022
  • Lepas Ni Jangan Buang Dulu Kulit Bawang …
    May 24, 2022
  • Tak Habis-habis Nak Petik, Ini Tips Nak …
    May 24, 2022
  • Mudah Sangat Tanam Kobis Dipasu Bunga, L…
    May 24, 2022

Kategori

  • Akhir Zaman
  • Al-Ftihaha
  • Artis
  • Artis Malaysia
  • Bantuan
  • Bola Sepak
  • Brain Wash
  • Doa
  • DUNIA
  • Ebit Lew
  • history
  • Ibadah
  • Ilmu
  • Indonesia
  • Isu Keluarga
  • Kalimah Allah SWT.
  • Keajaiban
  • keluarga
  • kemanusiaan
  • Kesihatan
  • Kisah Mualaf
  • malaysia
  • MKN
  • Pengajaran
  • Pengetahuan
  • Pesanan
  • Petua
  • Politik
  • resepi
  • Semasa
  • seram
  • Soalan
  • Story
  • Sunnah
  • Tauladan
  • Tazkirah
  • Tips
  • ustaz
  • Ustaz Abdul Somad
  • Ustaz Azhar Idrus
  • Ustazah
  • viral
  • zakir naik

ARKIB

  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • September 2019
  • June 2019
  • March 2019

ads

© 2022 My Media Maya | Powered by Superbs Personal Blog theme