Skip to content

My Media Maya

Informasi Ilmia Harian Anda

Menu
  • Home
    • Penafian
    • Dasar Privasi
  • Semasa
  • Pengetahuan
  • Kesihatan
  • Ibadah
  • Doa
  • Tazkirah
Menu

Kata Ayah “Biarlah Kalau Orang Kata Saya Bagi Aanak Perempuan Free,Saya Tak Kisah”

Posted on February 20, 2022February 20, 2022 by admin

“Biarlah Kalau Orang Kata Saya Bagi Anak Perempuan Free, Saya Tak Kisah” – AYAH

Bila sebut mengenai majlis perkahwinan, ramai yang akan terfikir mengenai kenduri dan jamuan secara besar-besaran di dewan ataupun di hotel-hotel mewah.”Biarlah Kalau Orang Kata Saya Bagi Anak

“BIARLAH KALAU ORANG KATA SAYA BAGI ANAK PEREMPUAN FREE, SAYA TAK KISAH”

Itulah senario yang berlaku pada masa kini dan telah menjadi trend masyarakat di negara ini. Namun, lain pula yang berlaku kepada pasangan ini di mana majlis yang diadakan dilaksanakan secara sederhana.

Majlis seperti ini mungkin dianggap “Taboo” oleh kebanyakan keluarga, namun sebenarnya inilah majlis yang dituntut oleh agama Islam. Semoga menjadi pengajaran kepada semua…

TIADA persalinan gah. Tiada persandingan. Tiada hantaran beribu. Tiada dulang berbaris. Tiada jemputan. Tiada kenduri-kendara. Majlis pernikahan pun tiada. Hanya akad nikah semata.

Tiada belanja besar untuk hari bahagia pasangan berusia awal 20-an dari Cheras.

Pernikahan itu berlangsung di Masjid An-Najihin, Bandar Sri Permaisuri dan dihadiri keluarga terdekat dan rakan-rakan pasangan muda itu. Hanya sebentuk cincin dan manisan duduk di atas dulang yang dibawa pihak lelaki… tanpa sebarang hantaran.

Mas kahwin pula hanya RM100 (Gambar Hiasan)

Mas kahwin pula hanya RM100 disediakan pihak lelaki, lebih RM20 dari ketetapan mas kahwin untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pengantin perempuan manis berbaju kurung putih, manakala pengantin lelaki hanya mengenakan kurta putih, seluar hitam dan songkok. Ahli keluarga pengantin perempuan juga berpakaian ala kadar.

Pernikahan ‘sempoi’ itu diilhamkan sendiri oleh bapa kepada pengantin perempuan, seorang pengurus besar stesen televisyen tersohor Malaysia. Kewangan bukan masalah bagi meraikan perkahwinan anak sulungnya dengan gilang-gemilang, tetapi mengakui keputusan itu diambil bersandarkan pengalaman sendiri suatu ketika dahulu.

“Saya ni orang susah dahulu. Waktu saya nak kahwin, saya terpaksa buat pinjaman peribadi. Saya turut menjual share saya di akhbar Utusan ketika bertugas di sana waktu itu,” jelas bapa kepada empat orang anak itu.

Baginya, tindakan tidak membazir ini bakal memudahkan perjalanan hidup anak sulungnya kelak.

“Biarlah Kalau Orang Kata Saya Bagi Anak Perempuan Free, Saya Tak Kisah” – AYAH

“Saya tak mahu anak saya melalui liku hidup sama seperti yang saya lalui. 16 tahun kerja, barulah mampu nak beli rumah sendiri.Betapa sukarnya nak menyara keluarga, dalam masa sama membayar semula pinjaman peribadi dan hutang rumah dan kereta. Apatah lagi dengan gaji sederhana hidup di tengah bandar,” jelasnya.

Peribahasa “biar mati anak, jangan mati adat” tidak terpakai dalam keputusan mengahwinkan anaknya itu.

Dia juga tidak ambil pusing pandangan masyarakat terhadap keputusan yang diambil.

“Biarlah apa orang nak kata, bagi anak perempuan free-lah, ada yang pandang seronglah, saya tak kisah. Saya tahu apa yang saya lakukan demi kebaikan anak saya sendiri.”

Jelasnya, “Bukan saya menentang adat, tetapi saya lebih sayang anak saya. Duit yang ada, lebih baik guna untuk kegunaan anak saya selepas perkahwinan.”

Pasangan itu cukup beruntung apabila bapa pengantin perempuan menyediakan wang pendahuluan untuk membeli rumah kelak dan juga sebuah kereta sebagai hadiah perkahwinan mereka.

Dia mengharapkan hadiah berkenaan dapat memudahkan urusan rumah tangga anaknya yang baru dibina.

Sumber Dan Rujukan

Info Manfaat

Share this:

Related posts:

  • Inilah 4 Benda Yang Sangat Berba’haya Tidak Boleh Disimpan Di Dalam Peti Sejuk

  • Ada yang ‘s4kit hati’ tengok Maria Farida terlalu lawa, Pelbagai gelagat komen dari natizen

  • Pernah Ditolak Pinjaman Konon Rakyat Malaysia Tak Makan Burger, Kini Jualan Ramly Burger Cecah RM1 Bilion

  • 0rang Pertama Dibekukan H!dup2 Selama 54 Tahun. Dan Pada 2017 Yang Lalu Ekperimen Ini Menjadi Sebuah Sejarah Dunia

  • Bapa tunggal ini terpaksa berhenti kerja dan meng’emis sambil membawa anak kecil

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terbaru

  • Demi Mencari Rezeki, Zamani Tak Malu Jua…
    May 26, 2022
  • Nak Hidup Tenang Tanpa Berhutang Kereta …
    May 26, 2022
  • Nak Mudah Simpan Duit, Lelaki Ini Kongsi…
    May 26, 2022
  • “Leher Terpaksa Dite’buk” Al…
    May 25, 2022
  • Anak-anak sampai tegur agar naikkan 10 s…
    May 25, 2022
  • Petua Rimbunkan Pokok Kari Yang Tanam Da…
    May 24, 2022
  • Teknik Petani Thailand Tanam Ubi kayu Ag…
    May 24, 2022

Kategori

  • Akhir Zaman
  • Al-Ftihaha
  • Artis
  • Artis Malaysia
  • Bantuan
  • Bola Sepak
  • Brain Wash
  • Doa
  • DUNIA
  • Ebit Lew
  • history
  • Ibadah
  • Ilmu
  • Indonesia
  • Isu Keluarga
  • Kalimah Allah SWT.
  • Keajaiban
  • keluarga
  • kemanusiaan
  • Kesihatan
  • Kisah Mualaf
  • malaysia
  • MKN
  • Pengajaran
  • Pengetahuan
  • Pesanan
  • Petua
  • Politik
  • resepi
  • Semasa
  • seram
  • Soalan
  • Story
  • Sunnah
  • Tauladan
  • Tazkirah
  • Tips
  • ustaz
  • Ustaz Abdul Somad
  • Ustaz Azhar Idrus
  • Ustazah
  • viral
  • zakir naik

ARKIB

  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • September 2019
  • June 2019
  • March 2019

ads

© 2022 My Media Maya | Powered by Superbs Personal Blog theme