Kecekalan Hati Seorang Wanita, Menahan Mau Demi Mencari Rezeki Yang Halal

Kisah Tentang Kecekalan Hati Seorang Wanita, MEMANG menjadi lumrah kehidupan, setiap insan menerima ujian berbeza-beza. Begitu juga dengan wanita ini yangg redha diuji dengan ketumbuhan pada mata sejak berumur 2 tahun lagi. Menurut Nor Najwa Ayuni Hamdan, 30 tahun, dia redha bila disahkan menghidap neurofibromatosis dan cuba menjalani kehidupan biasa seperti insan yang lain. tiada yang tahu apa yang ada dalam hati seorang wanita ini.

Kecekalan Hati Seorang Wanita Yang Bernama Najwa

Mesra disapa Najwa, dia ketika dihubungi mStar mendedahkan pernah menjalani pembedahan sebanyak 2 kali, namun ketumbuhan tersebut tetap ada sehingga ke hari ini. “Ia bermuLa semasa saya usia 2 tahun. Kecil sahaja pada waktu itu sehinggalah saya terpaksa dibedah pada umur 4 tahun.

“Ingatkan sudah habis, rupa-rupanya masih ada lagi ketumbuhan selepas dibedah. Kemudian saya menjalani pembedahan kedua ketika usia 16 tahun. Pada waktu itu ketumbuhan sudah besar, dokt0r buang yang bahagian tepi saja. Sekarang saya hanya melihat dengan 1 mata je,” ujarnya.

Menurut wanita dari Hulu Terengganu itu, pandangan yangg terhad menjadi cabaran pertama, namun dia sudah terbiasa. Malah katanya, dia tak mahu bersedih dengan takdir lagi, sebaliknya mahu cekal meneruskan kehidupan untuk menyara diri. itulah kecekalan hati seorang wanita.

“Saya sudah 6 tahun menetap di Petaling Jaya, Selangor. Sekarang saya bekerja dalam bidang cust0mer service. Memang pansangan saya terbatas, tetapi saya sudah terbiasa. Ketumbuhan ini pun tidak sakit, cuma kadang-kadang ia rasa berdenyut.

“Kadang-kala saya rasa segan juga. Tetapi kalau saya tidak yakin, macam mana saya nak kerja dan dapat duit? Jadi saya teruskan macam biasa,” ujar anak kedua daripada 5 beradik itu. Imbas Najwa, dia juga pernah diejek semasa zaman sekolah rendah, namun semuanya berubah bila dia ke sekolah menengah.

“Masa sekolah rendah ada budak2 ejek, sekolah menengah dah tak ada. Kalau ada orang tanya, saya sedia bercerita. Cuma tidak suka bila orang pandang pelik kepada saya. Sudah terbiasa sejak kecil lagi, tapi kadang-kadang tetap malu nak pergi tempat orang ramai,” ujarnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Doa Orang Ramai Kepada Najwa Sangat Berharga

Disebalik ujian yang dihadapi bertahun lama, Najwa turut menerima banyak sokongan selepas videonya viral di TikTok. Kata Najwa, dia tidak sangka akan meraih perhatian ramai dan berterima kasih atas segala d0a yang dititipkan kepadanya.

“Saya sangat terharu kerana ramai yg prihatin dan doakan saya. Saya juga tidak sangka akan jadi viral. Banyak yg positif, ada juga individu senasib dgn saya tinggalkan komen. Pesan saya kepada mereka yang ada penyakit ini, abaikan kata-kata negatif. Kalau orang pandang, buat tidak tahu sahaja.

“Satu lagi saya nak kongsikan, ia sekadar nasihat saja. Kalau kita rasa kita ni teruk, elok pandang orang yang lebih teruk lagi. InsyaAllah kat situ kita akan rasa bersyukur. Allah uji tanda Allah sayang, seLalu fikir positif dengan Allah,” ujarnya lagi.

SEMOGA NAJWA TABAH HADAPI UJIAN INI…

Itulah kecekalan hati seorang wanita, “Allah tidak menguji hamba melebihi kemampuannya”

Akhir kata, jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa kongsikan kepada mereka-mereka yang memerlukannya, jangan lupa juga like dan follow page media bumi untuk update artikel menarik setiap hari. ribuan terima kasih atas kesudian anda semua untuk luangkan masa membaca artikel ini… sekali lagi jangan lupa kongsikan kepada sahabat-sahabat dan keluarga kita.

Jadikan membaca budaya kita, kerana membaca itu amalan yang sangat mulia disamping menambakan ilmu pengetahuan kita dari masa ke semasa..

Terharu dan sebak membaca kisah kecekalan hati seorang wanita yang bernama Najwa ini, Semoga ALLAH permudahkan segala urusan Najwa… Amiin

PERHATIAN: Pihak Mymediamaya tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Baca Juga: Jual Nasi Lemak Pukul 2.30 Pagi, Sungguh Sedih Dibuatnya Bagi menghadapi zaman yang serba mencabar sekarang ini

Sumber Dan Rujukan

Leave a Comment

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...