Skip to content

My Media Maya

Informasi Ilmia Harian Anda

Menu
  • Home
    • Penafian
    • Dasar Privasi
  • Semasa
  • Pengetahuan
  • Kesihatan
  • Ibadah
  • Doa
  • Tazkirah
Menu

Akibat Disimbah Minyak Panas Oleh Suami Sendiri “Kejadian ‘Amat Menyayat Hati”

Posted on February 13, 2022February 13, 2022 by admin

KEADAAN anak mangsa berusia empat bulan yang dirawat di Hospital Melaka

Melaka: “Apa yang berlaku ini amat menyayat hati kerana membabitkan anak kandung dan darah daging sendiri. Ini akibatnya jika tidak dapat kawal emosi,” kata Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan, Datuk Kalsom Nordin.

Beliau diminta mengulas kejadian wanita berusia 22 tahun dan bayinya berusia empat bulan yang melecur akibat disimbah minyak panas oleh suami sendiri, Jumaat lalu.

Kejadian dikatakan berlaku apabila suami mangsa, cemburu dan mengesyaki isterinya menjalin hubung sulit sebelum berlaku pertengkaran di rumah didiami di Semabok Dalam, Semabok, di sini.

Mangsa serta bayinya yang cedera terpaksa dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan akibat melecur di beberapa bahagian badan.

Menurut Kalsom, kes seumpama itu belum pernah berlaku di negeri ini dan amat berharap ia dijadikan iktibar oleh masyarakat khususnya pasangan muda supaya tidak berulang pada masa depan.

“Nasihat saya kepada ibu bapa di luar sana, khususnya ibu muda jadikan kejadian satu iktibar.

“Lindungilah anak-anak, zuriat kita… mengapa mereka harus letakkan kemarahan dan emosi kita kepada mereka. Ini agak membimbangkan saya, jika marah sekalipun kawal emosi. Apapun saya tidak boleh mengulas panjang dan serahkan kepada polis melakukan siasatan seadilnya,” katanya ketika melawat ketiga-tiga anak mangsa berusia, enam, empat dan dua tahun di rumah adik perempuannya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Kalsum berkata, setakat ini keadaan kesihatan dua beranak itu yang dirawat di Hospital Melaka (HM) baik dan stabil seperti dimaklumkan Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr Muhamad Akmal serta Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.

“Saya sebolehnya mahu melawat ibu dan bayi itu bagi mengetahui keadaan kesihatan mereka namun, dimaklumkan lawatan tidak digalakkan buat masa ini kerana kes Covid-19 yang meningkat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau berkata, JKM negeri akan memberi kaunseling dan motivasi bagi memulihkan trauma dialami mangsa selepas siasatan selesai.

“JKM memang ada kaunselor namun sekarang kes masih dalam siasatan polis dan saya tidak dibenar bercakap atau berjumpa mangsa.

“InsyaAllah dalam masa terdekat ini selepas selesai siasatan, saya akan berjumpa mangsa,” katanya.

Sumber Dan Rujukan

HM

Share this:

Related posts:

  • Inilah 4 Benda Yang Sangat Berba’haya Tidak Boleh Disimpan Di Dalam Peti Sejuk

  • Ada yang ‘s4kit hati’ tengok Maria Farida terlalu lawa, Pelbagai gelagat komen dari natizen

  • Pernah Ditolak Pinjaman Konon Rakyat Malaysia Tak Makan Burger, Kini Jualan Ramly Burger Cecah RM1 Bilion

  • 0rang Pertama Dibekukan H!dup2 Selama 54 Tahun. Dan Pada 2017 Yang Lalu Ekperimen Ini Menjadi Sebuah Sejarah Dunia

  • Bapa tunggal ini terpaksa berhenti kerja dan meng’emis sambil membawa anak kecil

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terbaru

  • “Leher Terpaksa Dite’buk” Al…
    May 25, 2022
  • Anak-anak sampai tegur agar naikkan 10 s…
    May 25, 2022
  • Petua Rimbunkan Pokok Kari Yang Tanam Da…
    May 24, 2022
  • Teknik Petani Thailand Tanam Ubi kayu Ag…
    May 24, 2022
  • Lepas Ni Jangan Buang Dulu Kulit Bawang …
    May 24, 2022
  • Tak Habis-habis Nak Petik, Ini Tips Nak …
    May 24, 2022
  • Mudah Sangat Tanam Kobis Dipasu Bunga, L…
    May 24, 2022

Kategori

  • Akhir Zaman
  • Al-Ftihaha
  • Artis
  • Artis Malaysia
  • Bantuan
  • Bola Sepak
  • Brain Wash
  • Doa
  • DUNIA
  • Ebit Lew
  • history
  • Ibadah
  • Ilmu
  • Indonesia
  • Isu Keluarga
  • Kalimah Allah SWT.
  • Keajaiban
  • keluarga
  • kemanusiaan
  • Kesihatan
  • Kisah Mualaf
  • malaysia
  • MKN
  • Pengajaran
  • Pengetahuan
  • Pesanan
  • Petua
  • Politik
  • resepi
  • Semasa
  • seram
  • Soalan
  • Story
  • Sunnah
  • Tauladan
  • Tazkirah
  • Tips
  • ustaz
  • Ustaz Abdul Somad
  • Ustaz Azhar Idrus
  • Ustazah
  • viral
  • zakir naik

ARKIB

  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • September 2019
  • June 2019
  • March 2019

ads

© 2022 My Media Maya | Powered by Superbs Personal Blog theme