Kek Sarang Semut Tanpa Perap 2 Jam Dah Siap
Alhamdulillah, dalam masa 2 jam siap. Sebab orang nak buat solat hajat petang ni. Nak cepat, so lepas dia call dalam 2 jam siap. Kek legend, kek sarang semut tanpa perap. Nak bakar atau nak kukus pon boleh.
Bahan-Bahan Gula Hangus:
- 1 cwn gula pasir
- 1 cwn air panas
- 2-3 s/b butter @ marjerin
Cara-Caranya:
1. Cairkan gula dengan api sederhana besar. Bila gula dah cair, masukkan air panas sedikit demi sedikit. Kacau perlahan-lahan sehingga gula dan air sebati, tutup api.
2. Masukkan butter, kacau rata dan ketepikan. Tak perlu tunggu betul-betul sejuk, semasa adunan masih suam-suam kuku, boleh terus di campur dengan adunan tepung.
Bahan-Bahan Untuk Kek:
- 4 biji telur (saya guna gred B)
- 3/4 cwn susu pekat (suka manis letak 1 cwn)
- 1 s/k esen vanilla
- 1 cwn tepung gandum
- 1 s/b soda bikarbonat
Cara Membuat:
3. Pukul telur dengan whisk sekadar kuning telur pecah (pukul manja-manja je). Masukkan susu pekat dan esen vanila, kacau lagi bagi sebati. Kemudian masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan kacau rata.
4. Akhir sekali, tuang gula hangus tadi, kacau lagi, kemudian tapis dan tuang ke dalam loyang 7×7 inci yang telah di sapu dengan sedikit majerin.
5. Bakar selama 40 minit atau sehingga kek masak sempurna, dengan suhu 170c-180C (ikut suhu oven masing-masing ya). Sebelum proses membakar, oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu selama 10-15 minit. Bakar api bawah dulu yea dalam 20-25 minit. Lepas tu api atas bawah sehingga cukup masa.
Nota:
- Bahan-bahan yang saya sukat guna cawan dan sudu metrik.
- Permukaan loyang balut dengan aluminium foil, kukus selama 45 minit atau sehingga kek betul-betul masak, guna api besar.
- Nak tau kek dah masak, cucuk dengan lidi satay, bila lidi ditarik keluar bersih tu tandanya kek dah masak sempurna.
Boleh Dapatkan Sini Kalau Nak Rasa Kek Sarang Semut NI >> Klik Di Sini
Resepi Oleh: Abby Razy