3 kelebihan Surah Al Insyirah Sewaktu Dalam Kesulitan

Terdapat beberapa kelebihan Surah Al Insyirah jika mengamalkannya dengan izin ALLAH. Surah Al Insyirah Ia adalah antara surah-surah yang digalakkan untuk membacanya setiap hari. Oleh itu jangan lupa amalkan dengan ikhlas dan mengharapkan balasan kebaikan daripada ALLAH, Semoga Allah Kabulkan segala keperluan kita..

Surah Al Insyirah ialah surah yang ke-94 tergolong dalam surah Makiyyah dan terdiri daripada 8 ayat. Surah ini adalah bermaksud kelapangan. Setiap hari kita akan sibuk memikirkan tugas seharian dan adakalanya sehingga sesak dada kerana kesibukan dan tekanan ujian yang dilalui setiap hari. Hal ini juga akan meningkatkan tekanan dan dipresi seseorang.

Namun, kelebihan surah al Insyirah dapat membantu melapangkan hati dan minda kita dari memikirkan kesibukan hal duniawi. Surah ini perlulah dibaca dengan memahami terjemahannya.

kelebihan Surah Al-Insyirah

Maksud Daripada Surah Al Insyirah

Ayat 1

“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?” (QS. Al Insyirah 94: Ayat 1)

Dalam ayat ini dinyatakan bahawa Allah telah melapangkan dada Nabi Muhammad SAW dan menyelamatkannya dari ketidaktahuan tentang syariat. Allah telah membersihkan jiwa baginda dari segala perasaan cemas sehingga beliau langsung tidak berasa gelisah dan susah hati. Segala bentuk kerisauan seperti keras kepala kaumnya yang tidak mahu mengikuti kebenaran yang dibawanya juga hilang.

Ayat 2 & 3

“Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -” (QS. Al Insyirah 94: Ayat 2)

“Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?” (QS. Al Insyirah 94: Ayat 3)

Kedua-dua ayat ini Allah mengungkapkan bahawa Dia ingin meringankan beban yang dilalui oleh Nabi Muhammad SAW dengan sangat berat dalam menyebarkan dakwahNya. Dengan berbuat demikian, Nabi Muhammad SAW akan lebih mudah menyampaikan risalahNya kepada manusia dengan jiwa yang tenteram serta tiada perasaan gelisah setiap langkah yang dibuat. Dadanya lapang seperti dilahirkan semula dan tidak dibelenggu dengan pelbagai masalah.

Ayat 4

“Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?” (QS. Al Insyirah 94: Ayat 4)

Dalam ayat ini diterangkan bahawa Allah mengangkat darjat Nabi Muhammad, meninggikan kedudukan dan memperbesar pengaruhnya.

“Dan kami pun telah tinggikan sebutan namamu bagimu, kami sebut namamu secara berurutan dengan nama-Ku, seperti dalam syahadat, azan, tasyahud, dan sebagainya. Itu adalah kemulian tersendiri yang tidak kami berikan kepada nabi-nabi yang lain”.

Segala usaha Nabi Muhammad SAW sehingga terlahirnya Islam dan ramai dapat keluar dari pintu jahiliah adalah jasa baginda kepada seluruh umat Islam. Baginda layak menerima darjat yang paling tinggi. Sepanjang baginda menjalankan tugasannya sebagai Rasul banyak yang telah baginda lalui tetapi tidak pernah Rasulullah SAW gagal.

Ayat 5

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,” (QS. Al Insyirah 94: Ayat 5)

Dalam ayat ini dinyatakan, Allah mengungkapkan bahawa sesungguhnya di dalam setiap kesempitan, terdapat kelapangan, dan di dalam setiap kekurangan sesuatu untuk mencapai keinginan, terdapat pula jalan keluar.

“Demikianlah nikmat-nikmat Ku kepadamu, maka tetaplah berharap pada pertolongan Tuhanmu kerana sesungguhnya beserta kesulitan apapun pasti ada kemudahan yang menyertainya. Engkau hadapi kesulitan besar dalam menyampaikan dakwah kepada kaummu; mereka ingkar dan menentangmu, tetapi Allah memberimu kemudahan untuk menaklukkan mereka.”

Ayat 6

“(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (QS. Al Insyirah 94: Ayat 6)

Ayat ini sama seperti ayat kelima. Ayat ini diulang bagi menguatkan lagi ertinya . Apabila kesulitan itu dihadapi dengan tekad yang sungguh-sungguh dan berusaha dengan sekuat tenaga dan fikiran untuk melepaskan diri darinya, tekun dan sabar serta tidak mengeluh atas kelambatan datangnya kemudahan, pasti kemudahan itu akan tiba.

Ayat 7

“Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),” (QS. Al Insyirah 94: Ayat 7)

Sesudah menyatakan nikmat-nikmat-Nya kepada Nabi Muhammad dan janji-Nya akan menyelamatkan beliau dari bahaya-bahaya yang menimpa, Allah memerintahkan kepadanya agar mensyukuri nikmat-nikmat tersebut dengan tekun beramal soleh sambil bertawakal kepada-Nya.

Apabila telah selesai mengerjakan suatu amal perbuatan, maka hendaklah beliau mengerjakan amal perbuatan lainnya. Kerana, dalam keadaan terus beramal, beliau akan menemui ketenangan jiwa dan kelapangan hati.

Ayat 8

“Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).” (QS. Al Insyirah 94: Ayat 8)

Dalam ayat ini, Allah menegaskan agar Nabi Muhammad tidak mengharapkan pahala dari hasil amal perbuatannya, akan tetapi hanya menuntut keredhaan Allah semata.

Kerana Dia lah sebenarnya yang dituju dalam amal ibadah dan pada-Nyalah tempat merendahkan diri.

Kelebihan Surah Al Insyirah Sewaktu Dalam Kesulitan

Kelebihan Surah Al Insyirah Sewaktu Dalam Kesulitan

Antara kelebihan Surah Al Insyirah ialah:

1 Dipermudahkan segala urusan

Mereka yang membacanya selepas solat fardhu akan dipermudahkan segala urusannya oleh Allah SWT. Contohnya, setiap manusia akan mengalami detik dimana kesusahan dari segi konflik keluarga atau pekerjaan, Allah akan membantu hamba-hambaNya kerana mereka berusaha mendekatkan diri kepada Allah dan memohon pertolongan dariNya.

Terhindar dari segala masalah dan sentiasa positif
Untuk pengetahuan anda, terlampau banyak perkara negatif yang dikemukakan netizen terutamanya di media sosial. Oleh itu, pengamalan surah Al Insyirah akan menutup minda dari segala perkara negatif dan fikiran akan menjadi lebih terbuka. Masalah kesukaran dalam setiap urusan pasti dapat dihindari dengan pertolongan oleh Allah SWT.

2 Rajin dalam beribadah

Jika surah Al Insyirah sentiasa diamalkan nescaya kerajinan dalam menunaikan ibadah akan meningkat. Sifat rasa jemu itu akan hilang dan dapat mengajar kita untuk beristiqamah. Di samping itu, mereka dapat menghindari sifat malas malah fikiran dan minda juga akan lebih lapang dan luas.

Diberi kekayaan dan terhindar dari kesempitan hidup

Tambahan pula, mereka yang mengamalkannya nescaya akan dikurniakan rezeki oleh Allah SWT dan terhindar dari kesempitan hidup. Hal ini kerana segala bentuk rezeki adalah milik Allah.

Selain itu, dikatakan bahawa surah Al Insyirah perlu dibaca sebanyak 40 kali selepas solat untuk berjaya dunia dan akhirat. Contohnya, di dunia ni begitu ramai yang kesempitan wang dan dibuang kerja, dengan izin Allah jika kita berzikir, membaca surah-surah dan berusaha Allah akan menolong hambaNya.

3 InsahALLAH Dikabulkan hajat

Seperti yang dinyatakan, setiap hajat hambaNya, Allah akan kabulkan dengan izinnya. Jika kita memiliki sesuatu hajat yang penting, solat sunat Hajat atau Tahajjud di tengah malam adalah salah satu caranya. Begitu juga, dengan membaca Surah Al Insyirah..

kelebihan Surah Al Insyirah tidak hanya ini sahaja, banyak lagi kelebihan lain seperti mendapat ganjaran pahala, mendapat redha ALLAH SWT dan banyak lagi kelebihan lainya

kelebihan Surah Al Insyirah berlaku atas izin ALLAH . Oleh itu,  perlu didahulukan dengan niat dan keikhlasan kita kepada ALLAH

Sesiapa yang mengalami kesukaran dalam sesuatu pekerjaan, mulakan dengan solat seperti cara berikut:

  • Lakukan solat sunat dua rakaat.
  • Bacalah mana-mana surah selepas membaca surah al Fatihah pada setiap rakaat.
  • Duduk menghadap kiblat dengan tetap dan bersungguh-sungguh mengingati Allah.
  • Memohon hajat dari Allah SWT.

Baca Juga: Sahabatsurgaku

Itulah Kelebihan Surah Al Insyirah, semua surah pun kalau kita amalkan pasti ada kelebihan tersendiri di sisi ALLAH, terutamanya ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Oleh itu, jangan terhad amalkan satu surah saja, kita usahakan untuk mengamalkan sebanyak-banyak surah dalam AL QURAN.

Dan Membaca Surah Al Insyirah sebanyak mana yang kita mampu, InsaAllah dengna keikhlasan kita pasti ALLAH SWT akan memberikan pertolongan kepada kita… Aamiin

Semoga dengan keikhlasan kita beramal kepada ALLAH SWT mendapat balasan ganjaran pahala Disisi ALLAH SAW…

 

Sumber: mymediamaya.com