Dahi berlubang, murid perempuan tahun dua dan kakaknya dilanggar lari
Menurut mangsa, dia mahu mengambil adiknya pulang dari sekolah SK Demang Hussin dengan menaiki motosikal.
Ketika dalam perjalanan menuju ke arah Duyong, motosikal mereka telah dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan tidak dapat dikenal pasti.
Akibat pelanggaran itu, dua beradik tersebut terjatuh menyebabkan seorang daripada mereka cedera di muka, mata dan dahi berlubang, manakala pengadu (Nur Qarinah) luka di kaki dan tangan.
Kedua mangsa, Nur Qasyifa Hazlina Mohd. Hayider, 8, dan kakaknya, Nur Qarinah Hazirah,17, dikejarkan ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan.