Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, nampaknya tak berdiam diri bila isu menghina agama Islam jadi perhatian.
Kali ni, beliau minta pihak berkuasa jelaskan perkembangan siasatan melibatkan selebriti Harith Iskander dan Cecillia Yap Song. Isu ni panas sebab ramai nak tahu sejauh mana tindakan diambil!
Menurut Akmal, undang-undang sepatutnya terpakai kepada semua pihak tanpa mengira pengaruh atau sokongan. Beliau juga menegaskan bahawa tindakan perlu diambil tanpa pilih kasih dalam kes yang menyentuh sensitiviti agama.
Ketua Pemuda UMNO tegus sikap ‘buat dulu, minta maaf kemudian’…

Akmal turut mengkritik sikap sesetengah pihak yang mengamalkan norma ‘buat dahulu, minta maaf kemudian’. Menurutnya, tindakan tegas perlu dikenakan terhadap sesiapa sahaja yang menyentuh isu sensitif tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, atau negara.
Saya juga nak tanya pada pihak berkuasa, jika 3 DJ (penyampai radio Era FM) ini telah disiasat dan dikenakan hukuman oleh majikan mereka, apa perkembangan bagi kes Cecillia Yap dan Harith Iskander yang memperlekehkan nama Nabi Muhammad (SAW) dan agama Islam?- Katanya.
Selain itu, Akmal menyatakan sokongan terhadap tindakan ke atas tiga penyampai radio yang didakwa memperlekehkan agama Hindu, dengan menyifatkan bahawa undang-undang harus adil untuk semua kes melibatkan sensitiviti agama.
Pihak berkuasa sudah buka kertas siasatan..
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengesahkan bahawa pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung isu kakitangan stesen radio milik Astro yang dikatakan mempersendakan agama lain.
Media sebelum ini turut melaporkan bahawa pihak polis telah merakam keterangan Cecilia, 65, yang juga pemilik akaun Facebook Cecelia Yap Song KL, susulan hantarannya di akaun Harith Iskander. Kini, kita ternanti-nantikan hukuman yang akan diambil ke atas mereka.
Harith Iskander Dan Cecelia Yap Dikompaun RM10,000
Pelawak terkenal, Harith Iskander dan seorang lagi pengguna Facebook, Cecelia Yap, masing-masing dikenakan kompaun RM10,000 selepas didakwa membuat hantaran hina agama.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tindakan ini diambil selepas pihak mereka mendapat keizinan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mengenakan tindakan kompaun terhadap kedua-dua individu terbabit.
Hantaran hina mengenai Islam, SKMM ambil tindakan…
Kesalahan tersebut dilakukan menerusi hantaran di Facebook pada 18 Januari 2025 yang dianggap sebagai menyinggung sensitiviti agama Islam.
SKMM menjelaskan bahawa tindakan ini diambil di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, mengikut peruntukan sebelum pindaan baharu yang berkuat kuasa pada 11 Februari 2025.
Hantaran Harith Iskander telah diturunkan Meta…
Dalam pada itu, pihak Meta telah menurunkan hantaran berkenaan selepas mendapati ia melanggar garis panduan komuniti Facebook.
Selain itu, SKMM juga mengulas mengenai kes melibatkan penyampai radio swasta yang dipercayai mempersenda agama Hindu sehingga mencetuskan kemarahan masyarakat.
Menurut SKMM, kertas siasatan terhadap radio swasta terbabit akan dikemukakan kepada AGC untuk tindakan lanjut.
Sumber- OhMedia