Solat Jemaah Tanpa Jarak, Berita Baik Untuk Menyambut Ramadan – Menteri Agama
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memaklumkan bahawa pihaknya menyambut baik pengumuman Perdana Menteri berkaitan Fasa Peralihan Ke Endemik bermula 1 April 2022 dan menyeru masjid dan surau mengadakan solat hajat bagi memohon kesejahteraan dan keselamatan buat rakyat dan negara.
Menterinya, YB Senator Datuk Haji Idris Bin Haji Ahmad berkata ia adalah terjemahan kepada kejayaan usaha-usaha kerajaan bagi menangani krisis kesihatan COVID-19 selain kerjasama erat daripada Keluarga Malaysia.
Katanya, pengumuman Perdana Menteri berkaitan aktiviti solat jemaah di masjid atau surau boleh dilaksanakan tanpa penjarakan sosial adalah sesuatu yang amat dinantikan oleh umat Islam.
“Pengumuman ini dibuat berasaskan fakta dan data, juga setelah mengambil kira pelbagai faktor termasuk penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pandangan yang dikemukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),” katanya.
Maklumat lanjut akan menyusul.
Sumber Dan Rujukan
Kata-kata Semangat:
1. “Ramadhan adalah waktu yang tepat untuk memurnikan jiwa Anda bersama dengan tubuh.”
2. “Jangan hanya menjalani Ramadhan dengan perut kosong, jalani saja sepenuhnya dengan kesabaran, pengampunan, kebaikan, dan cinta di sekitar.”
3. “Bulan suci Ramadhan adalah kesempatan Anda untuk mencari pengampunan dan membebaskan diri dari api neraka.”
4. “Ramadhan sedang dalam perjalanan, jadi bicaralah dengan sopan, bersikap baik kepada orang lain dan praktikkan perbuatan baik.”
5. “Ramadhan membantu untuk hidup positif dan melepaskan semua perilaku negatif.”
6. “Ramadhan seperti angin segar dan dingin di musim panas.”
7. “Melakukan apa yang benar dan harus dilakukan, itulah mengapa kita semua bahagia di bulan Ramadhan.”
8. “Nabi bersabda: di bulan Ramadhan, Allah membuka semua pintu surga, menutup pintu neraka, dan merantai setan.”
9. “Allah berfirman bahwa bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat penting dalam kehidupan setiap umat Islam karena pada bulan ini Allah datang ke rumah kita.”
10. “Ramadhan berakhir hari ini, tapi jangan khawatir, itu akan datang tahun depan lagi.”