”Niat nak pelihara atau nak menyeksa”
Seekor kucing berjaya diselamatkan oleh sekumpulan individu dipercayai jiran dan pihak rumah penyelamat kucing setelah mendapati haiwan itu diikat dengan rantai besi pada lehernya. Perbuatan tidak berperike.ma.nusiaan yang berlaku di Kutabumi, Banten itu disedari selepas kucing malang tersebut dilihat terg4ntung dan mer0nta-r0nta sambil menj3rit kes4kitan di luar pagar rumah.
Setelah diperiksa, haiwan berkenaan diikat dengan ran.tai be.si yang dikunci dengan mangga pada bahagian leher di tepi rumah.
Sehubungan itu, kejadian itu dilaporkan kepada pihak penyelamat kucing dan mereka telah menyerbu ke rumah itu bagi menyelamatkan kucing berkenaan.
Difahamkan, suspek merupakan adik kepada penghuni rumah berkenaan dan sebelum ini, dia pernah ditegur oleh salah seorang jiran untuk dilaporkan ke pihak berwajib akibat perbuatannya itu.
Manakala abang suspek pula terkejut selepas video menyayat hati yang memaparkan keadaan kucing itu ditunjukkan kepadanya. Jelasnya, dia tidak lagi tinggal di rumah itu, sebaliknya adiknya (suspek) sahaja yang menetap di sana.
Bagaimanapun, ketika serbuan dilakukan, pelaku tiada di rumah dan kucing terbabit berjaya diselamatkan oleh rumah kucing.
“Sebelum ini, kucing itu sering kelihatan di luar namun terkejut setelah melihat keadaannya yang kotor dan kurus,” jelas salah seorang jiran. Difahamkan, video kejadian dimuat naik di laman Instagram @yuyunanlida di bahagian Story ‘Rescue Ku’.
Video kejadian turut dimuat naik di laman Instagram @rumahsinggahclow dengan kapsyen berbunyi, “Kadang-kadang saya tak habis berfikir, orang nak bela atau siksa?
View this post on Instagram
“Kucing dirantai, saya suruh team (pihaknya) ke lokasi sekarang,”