Bismillah, Umat islam sangat digalakkan untuk memperbanyakkan amalan disepuluh malam terakhir bulan Ramadhan kerana pada sepuluh malam terakhir ini terdapat keberkatan dan kelebihan yang Allah SWT sembunyikan dan ianya MALAM LAILATUL QADAR
Terdapat satu malam, dalam 10 malam terakhir di bulan Ramadhan yang diyakini paling istimewa iaitu Malam Lailatul Qodar
Artikel Ini Akan Memberikan Anda Maklumat Tentang:
- TANDA MALAM LAILATUL QODAR
- Doa Malam Lailatul Qodar
- Amalan untuk Mendapatkan Malam Lailatul Qodar
- Amalan Malam Lailatul Qodar
Malam Lailatul Qodar yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam merupakan satu malam penuh rahmat dan nikmat paling besar daripada Allah S.W.T
Berdasarkan hadits dari Aisyah yang mengatakan :
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadan dan dia bersabda, yang artinya:
“Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Romadhon” ” (HR: Bukhari 4/225 dan Muslim 1169).
Tanda Malam Lailatul Qadar Berdasarkan Hadist
Bulan Ramadhan, Al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan Hadis Rasulullah S.A.W di antaranya firman Allah SWT
Tanda Malam Lailatul Qadar
Ada beberapa pendapat berhubung dengan tanda atau alamat malam Lailatulqadar antaranya seperti berikut
Malam berkenaan terang dan nyaman serta tidak panas pada paginya
Ubadah bin al-Somit R.A berkata secara marfu’ :
“Sesungguhnya malam berkenaan bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam itu dan tidak terlalu panas serta tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya sehingga ke waktu pagi. [Umdah al-Qari 11/134]
Matahari terbit pada paginya tidak terang dan tidak panas
Ubadah bin al-Somit R.A berkata secara marfu’ :
Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut. [Umdah al-Qari 11/134]
Daripada Ubai Bin Kaab R.A menyatakan daripada Rasulullah SAW, sabdanya yang bermaksud:
“Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan.”
Berdasarkan riwayat daripada ucapan Ibn Mas’ud berkata:
“Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar.” [Umdah al-Qari 11/134]
Sebagai kesimpulannya, yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadhan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar
Bila hari dan waktu berlaku Lailatul Qadar itu hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya, Dan Allah akan memberikannya kepada kalangan hamba-hambanya yang dikehendaki-Nya
Secara umumnya tiada ibadah khusus yang ditetapkan. Bagaimanapun, umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam yang kesepuluh akhir bulan Ramadhan iaitu dengan mengerjakan sembahyang terawih, membaca Quran, berzikir, berdoa, memohon keampunan dan sebagainya kerana sesungguhnya Allah S.W.T. akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam tersebut
Baca Juga: Sholat Tahajud (Panduan Dan Niat Sholat Tahajud rumi)
Doa Malam Lailatul Qadar
Inilah doa malam lailatul qadar yang terdapat dalam hadist
Ikhtiar Amalan untuk Mendapatkan Malam Lailatul Qadar
Amalan Malam Lailatul Qadar
- Beiktikaf – Diriwayatkan oleh Ahmad, Bukhari dan Muslim, bahawa Rasulullah SAW beriktikaf 10 hari terakhir Ramadhan sehingga Baginda wafat
- Solat Sunnah Dan Solat Tahajud
- Membaca Al-Quran – Para sahabat biasa mengkhatamkan Al-Qiran sehari semalam, antaranya Usman bin Affan, Tamim, Said dan Zubair selama Ramadhan
- Berdzikir, memohon ampun kepada Allah dan berdoa
Keutamaan Malam Lailatul Qadar
Semoga Allah SWT membuka rezeki kita untuk bertemu dan beribadah pada malam yang lebih baik dari seribu bulan pada ramadhan kali ini. Dan yang paling penting sekali semoga Allah mengampuni segala dosa kita dan menerima segala amal ibadah kita disepanjang Ramadhan pada kali ini, Aamiin Allahumma Aamiin
Wallahualam…
Rujukan
Zonailmupopuler https://zonailmupopuler-217.blogspot.com/2017/12/keutamaan-lailatul-qadar.html
Bbzuria http://bbzuria.blogspot.com/2011/08/doa-malam-lailatul-qadar.html