Langgar lampu isyarat sebab brek rosak, polis bantu bayar kos baiki motosikal suami ister

Langgar lampu isyarat sebab brek rosak, polis bantu bayar kos baiki motosikal suami ister

Tindakan beberapa orang anggota polis bantu bayar kos baiki motosikal suami isteri yang rosak telah mendapat perhatian ramai apabila video tersebut tular di media sosial.

Menerusi perkongsian tersebut di platform TikTok zukiy3044, dia telah memuat naik momen sewaktu menahan sepasang suami isteri beserta anak mereka yang dipercayai melanggar lampu isyarat.

Polis bantu bayar kos baiki motosikal di bengkel

Penahanan tersebut dibuat susulan mereka tidak memberhentikan kenderaan sewaktu melalui lampu isyarat sebelum disedari oleh anggota polis yang bertugas yang bertindak mahu memberikan teguran agar tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Namun begitu, mereka menyedari bahawa pasangan suami isteri itu mengalami masalah apabila motosikal ditunggangi mereka mengalami kerosakan sehingga secara tidak sengaja melanggar lampu isyarat.

 polis bantu bayar kos baiki

Polis bantu bayar kos baiki motosikal suami isteri, asalnya tegur sebab langgar lampu isyarat

Susulan daripada itu, anggota-anggota polis yang meronda kawasan tersebut telah membawa penunggang motosikal tersebut ke bengkel untuk membetulkan kerosakkan yang dihadapi sekaligus menanggung segala kos.

“Mereka juga menanggung kos membaiki motosikal tersebut dang menganggap apa yang berlaku adalah ujian kepada mereka.
“Niat nak beri teguran sebab langgar lampu merah tiba-tiba jadi lain, Allah uji kami diatas ujian orang lain,” tulisnya.

Terima ucapan tahniah daripada PDRM

Video yang dikongsikan oleh zukiy3044 telah dimuat naik semua Facebook Polis Diraja Malaysia dengan memuji apa yang dilakukan ketiga-tiga anggota mereka.

Terbaik incas2 saya

Rata-rata netizen di media sosial juga memuji apa yang dilakukan oleh anggota-anggota polis tersebut yang memberikan layanan yang baik kepada rakyat lebih-lebih lagi buat yang memerlukan.

Ada juga di antara mereka yang berkongsi kisah hampir serupa dengan dilayan dengan baik oleh agensi tersebut sewaktu berhadapan dengan kesukaran.

Screenshot 2024 12 30 at 4.28.13%E2%80%AFPM

Bersyukur sangat tengok polis bantu tukarkan brek

Screenshot 2024 12 30 at 4.28.28%E2%80%AFPM

Ada yang pernah alami hal sama

Screenshot 2024 12 30 at 4.27.54%E2%80%AFPMTahniah diucapkan kepada anggota-anggota polis yang menjalankan tanggungjawab dengan baik lebih-lebih lagi sewaktu berhadapan dengan masyarakat.

Sumber: TikTok zukiy3044 Via Ohmymedia

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...