Skip to content

My Media Maya

Informasi Ilmia Harian Anda

Menu
  • Home
    • Penafian
    • Dasar Privasi
  • Semasa
  • Pengetahuan
  • Kesihatan
  • Ibadah
  • Doa
  • Tazkirah
Menu

Lelaki Asal Budapest, Hungary Ini Menjadi Viral Berniaga Di Pasar Malam, Cakap Melayu Loghat Perak

Posted on May 8, 2022 by admin

Lelaki Asal Hungary Ini Menjadi Viral Berniaga Di Pasar Malam, Cakap Melayu Loghat Perak

Barak Nobert atau Adam Abdullah, 36, yang berasal dari Budapest, Hungary menjual langos iaitu makanan popular negara kelahirannya di pasar malam dan pagi di Kampung Gajah, Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar dan Tapah serta Titi Gantong, Bota setiap Selasa, Rabu dan Ahad.

Adam berkata, dia berniaga bersama isteri, Elsuraya Mohamed, 49, sejak empat tahun lalu.

Katanya, selain langos, mereka turut menjual cendol serta pulut panggang yang dihasilkan sendiri.

“Masa mula-mula berniaga…. tak yakin juga mahu berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu, ramai juga yang melihat pelik dan ada yang terkejut apabila tahu saya orang Eropah kerana menyangka saya daripada Pakistan.

“Pengalaman lucu pula apabila ada pelanggan yang bertanya dalam Bahasa Inggeris terkejut sebaik saya membalasnya dalam Bahasa Melayu dan menyelitkan loghat Bota,” katanya ketika ditemui di gerainya di pasar malam Titi Gantong.

Hanya Mengambil Masa 6 Bulan Untuk Menguasai Bahasa Melayu Loghat Perak

Menurutnya, dia mengambil masa enam bulan untuk menguasai Bahasa Melayu dan kelebihan itu memberikan keistimewaan kepadanya ketika berniaga dan berasa lebih dekat pelanggannya.

“Walaupun tak boleh bercakap sepenuhnya dalam loghat Bota tetapi ‘bunyi’ itu tetap ada dan pelanggan juga suka saya guna loghat itu.

“Antara loghat Bota yang saya suka dan akan guna setiap hari seperti maghi (mari), ngecek (menipu), untei-untei (perlahan), sapan (habis) dan kulu kyeor (ke hulu ke hilir),” katanya yang tinggal di rumah ibu mentuanya di Kampung Teluk Bakong, Bota Kanan.

Jatuh Cinta Dengan Kehidupan Kampung

Menurut Adam, dia mahu menjadi anak kampung sebenar walaupun tidak dilahirkan di negara ini, malah mengakui suka dan tidak malu berniaga di pasar malam untuk mencari rezeki halal.

“Saya jatuh cinta dengan kehidupan kampung dan selain berkebun, kami turut bela ayam di rumah. Saya datang ke Malaysia dan perlu menghormati budaya serta belajar bahasa orang di sini, kalau tidak macam mana nak berbual dengan keluarga mentua dan orang tempatan.

“Sekarang saya juga sudah boleh masak cendol dan selepas dua kali diajar isteri. Tak susah rupanya nak masak cendol, cuma kena kacau selalu kalau tak nanti hangit pula,” katanya yang mengakui keluarganya turut gembira melihat dia boleh menyesuaikan diri.

Akhir Kata

Katanya, dia menyesuaikan makanan tradisional negaranya itu mengikut cita rasa Melayu dengan menyediakan sos pencicah sekaya power, coklat leleh dan sambal tumis ikan bilis rangup

Sumber Dan Rujukan

sinar Via myteamnetowkr

Share this:

Related posts:

  • Kucing Yang Berwajah Sedih Dan Kulitnya Jatuh, Siapa Sangka Sebenarnya Kucing Ini Menghidap Sejenis Penya’kit

  • Terpe’lanting Ke Luar Rumah Akibat Letu’pan Yang Disebabkan Kebo’coran Saluran Gas, Badan Lelaki Me’lecur Te’ruk

  • Cleaner Kacak Viral Disangka Ejen Perisik, Netizen Puji Ada Potensi Jadi Model

  • Patutlah Ramai Suka Tanam Pokok Bunga Telang Ini, Ternyata ini 19 khasiatnya yang luar biasa

  • (Video)Kisah Persahabatan Antara Dua Ekor Camceng Haiwan, Berpakat Sama-sama Cari Tikus Tuk Dijadikan Makanan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terbaru

  • “Leher Terpaksa Dite’buk” Al…
    May 25, 2022
  • Anak-anak sampai tegur agar naikkan 10 s…
    May 25, 2022
  • Petua Rimbunkan Pokok Kari Yang Tanam Da…
    May 24, 2022
  • Teknik Petani Thailand Tanam Ubi kayu Ag…
    May 24, 2022
  • Lepas Ni Jangan Buang Dulu Kulit Bawang …
    May 24, 2022
  • Tak Habis-habis Nak Petik, Ini Tips Nak …
    May 24, 2022
  • Mudah Sangat Tanam Kobis Dipasu Bunga, L…
    May 24, 2022

Kategori

  • Akhir Zaman
  • Al-Ftihaha
  • Artis
  • Artis Malaysia
  • Bantuan
  • Bola Sepak
  • Brain Wash
  • Doa
  • DUNIA
  • Ebit Lew
  • history
  • Ibadah
  • Ilmu
  • Indonesia
  • Isu Keluarga
  • Kalimah Allah SWT.
  • Keajaiban
  • keluarga
  • kemanusiaan
  • Kesihatan
  • Kisah Mualaf
  • malaysia
  • MKN
  • Pengajaran
  • Pengetahuan
  • Pesanan
  • Petua
  • Politik
  • resepi
  • Semasa
  • seram
  • Soalan
  • Story
  • Sunnah
  • Tauladan
  • Tazkirah
  • Tips
  • ustaz
  • Ustaz Abdul Somad
  • Ustaz Azhar Idrus
  • Ustazah
  • viral
  • zakir naik

ARKIB

  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • September 2019
  • June 2019
  • March 2019

ads

© 2022 My Media Maya | Powered by Superbs Personal Blog theme