Seorang anggota tentera Muhammad Kamaruzzaman Bin Zamahari telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 12 Oktober yang lalu.
Difahamkan, sebelum terlibat dengan kemalangan tersebut mangsa telah meninggalkan nota yang tertulis “malaikat memanggilmu” di atas satu botol minuman.

Menerusi perkongsian dari Facebook kakak Allahyarham iaitu Naa Zamm, dia menyatakan bahawa adiknya itu telah meninggal dunia bersama lagi dua rakannya.

Arwah juga dikatakan seakan sudah memberi petanda awal sebelum pemergiannya.
Tulisan terakhir arwah sebelum lapor cuti hujung minggu selama tiga hari. ‘Malaikat memanggilmu’, Allahuakbar, macam tahu dia nak pergi. Dia tinggalkan tulisan tu dekat bilik.
Dikatakan, arwah sudah berjanji untuk pulang ke rumah pada bulan 10. Namun dia kembali untuk selamanya.
Kau sudah berjanji untuk balik bulan 10 adalah nyata sayang. Tapi kepulangan kau beri kesan kepada kami sampai tidak terkata.
Sementara itu, kakaknya juga telah menitipkan doa kepada adiknya semoga arwah adiknya itu tenang dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.