Skip to content

My Media Maya

Informasi Ilmia Harian Anda

Menu
  • Home
    • Penafian
    • Dasar Privasi
  • Semasa
  • Pengetahuan
  • Kesihatan
  • Ibadah
  • Doa
  • Tazkirah
Menu

(VIDEO)Berita Di Awal Tahun Yang Menyedihkan “Mayat Wanita Reput Ditemukan Di Dalam Tasik”

Posted on January 2, 2022January 2, 2022 by admin

Mayat Wanita Reput Ditemukan Di Dalam Tasik

PUTRAJAYA, 2 Jan (Bernama) — Mayat wanita yang sudah reput dan busuk ditemukan di dalam sebuah tasik berhampiran Sky Ride Presint 2 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata pihaknya menerima panggilan orang awam yang menjumpai mayat itu kira-kira 6.55 petang.

“Pemeriksaan awal pasukan forensik mendapati keadaan mayat telah kembung, reput, kulit terkupas dan berbau busuk, bahagian kemaluan si mati didapati reput dan terurai daripada badan manakala rambut juga telah tertanggal,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata mayat juga ditemukan dalam keadaan telentang, berpakaian lengkap dan dipercayai berada di dalam air lebih kurang dua ke tiga hari.

“Pakaian mangsa ialah blazer berwarna hitam, kemeja-T berwarna biru, skirt mini jean berwarna hitam dan tali pinggang pada skirt berlogo Versace, mangsa turut memakai tiga bentuk cincin dan gelang tangan,” katanya.

A. Asmadi berkata ketinggian wanita itu kira-kira 160 sentimeter namun taraf kewarganegaraannya dan umur masih belum dapat dipastikan dan memohon orang ramai atau waris yang kehilangan ahli keluarga atau saksi kejadian tampil membantu siasatan.

Beliau berkata mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Putrajaya untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan awal sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu laporan bedah siasat dan pengesanan identiti.

Katanya, orang awam terutama ahli keluarga yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian serta mangsa diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya menerusi talian 03-88862145 atau pegawai penyiasat (IO) Insp Hafiza 019-8926572.

Kreadit By:Siakap Keli

Share this:

Related posts:

  • Fuyooo, Luar nampak macam rumah usang kebun, Sekali Masuk Terkezutt Lihat Macam Tema Istana

  • Alhamdulillah “Adik Bella Kini Tiada Gangguan Emosi” Kecederaan Luka Sudah Pulih – PM

  • Tahanan Rohingya Lolos “Dua Dalang Utama Ditahan” Dua Masih Dikesan

  • “Jemaah Haji B40 Dikenakan Bayaran Haji RM 10,980 Tahun Ini” Naik RM 1,000 Berbanding 2019

  • Kes Kematian Penunggang Basikal Lajak “Pemandu Wanita Dibebas Dengan Jaminan Polis”

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terbaru

  • Demi Mencari Rezeki, Zamani Tak Malu Jua…
    May 26, 2022
  • Nak Hidup Tenang Tanpa Berhutang Kereta …
    May 26, 2022
  • Nak Mudah Simpan Duit, Lelaki Ini Kongsi…
    May 26, 2022
  • “Leher Terpaksa Dite’buk” Al…
    May 25, 2022
  • Anak-anak sampai tegur agar naikkan 10 s…
    May 25, 2022
  • Petua Rimbunkan Pokok Kari Yang Tanam Da…
    May 24, 2022
  • Teknik Petani Thailand Tanam Ubi kayu Ag…
    May 24, 2022

Kategori

  • Akhir Zaman
  • Al-Ftihaha
  • Artis
  • Artis Malaysia
  • Bantuan
  • Bola Sepak
  • Brain Wash
  • Doa
  • DUNIA
  • Ebit Lew
  • history
  • Ibadah
  • Ilmu
  • Indonesia
  • Isu Keluarga
  • Kalimah Allah SWT.
  • Keajaiban
  • keluarga
  • kemanusiaan
  • Kesihatan
  • Kisah Mualaf
  • malaysia
  • MKN
  • Pengajaran
  • Pengetahuan
  • Pesanan
  • Petua
  • Politik
  • resepi
  • Semasa
  • seram
  • Soalan
  • Story
  • Sunnah
  • Tauladan
  • Tazkirah
  • Tips
  • ustaz
  • Ustaz Abdul Somad
  • Ustaz Azhar Idrus
  • Ustazah
  • viral
  • zakir naik

ARKIB

  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • September 2019
  • June 2019
  • March 2019

ads

© 2022 My Media Maya | Powered by Superbs Personal Blog theme