Menangis Aisar Pulang Malaysia Bila Dapat Tahu Berita Tentang Ibunya

PERSONALITI media sosial Aisar Khaled berkongsi berita duka ibunya iaitu Roslina Abdul Rashid perlu menjalani pembedahan membuang ketumbuhan sista di ovari pada Khamis ini.

Justeru itu, Aisar atau Aisar Khaled Kamel, 25, yang kini berada di Singapura memberitahu dia perlu pulang ke tanah air segera bagi menemani ibunya sebelum prosedur berkenaan.

“Saya ada berita nak beritahu anda semua, mama saya bakal menjalani pembedahan membuang cyst pada ovari esok.

Copy of Untitled - 2025-01-08T134014.907Aisar tidak dapat menahan sebak tatkala menghubungi ibunya.

“Saya sekarang ada di Singapura tetapi hari ini juga saya perlu pulang ke Malaysia untuk menemani mama saya,” katanya menerusi satu hantaran di InstaStory pada Rabu.

Menerusi perkongsian berkenaan, Aisar dilihat tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata ketika menghubungi ibunya.

Dalam pada itu, Aisar turut memohon doa agar urusan pembedahan berjalan lancar serta ibunya diberikan kesembuhan secepat mungkin.

Malah pempengaruh itu turut menitipkan pesanan supaya orang ramai untuk sentiasa menghargai ibu bapa selagi mereka masih hidup.

“Insha-Allah ramai yang mendoakan mama supaya cepat sembuh. Semoga urusan mama dipermudahkan.

“Selagi orang tua ada, walau apa yang terjadi dalam hidup kita, hormati dan sayangi mereka,” ujarnya.

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...