Skip to content

My Media Maya

Informasi Ilmia Harian Anda

Menu
  • Home
    • Penafian
    • Dasar Privasi
  • Semasa
  • Kesihatan
  • Tazkirah
Menu

Mudah Sangat Tanam Kobis Dipasu Bunga, Lepas Ni tak Perlu Beli Dah

Posted on May 24, 2022 by admin

Tanam Kobis Dipasu Bunga

Kobis, antara sayuran yang memerlukan jangka masa yang lama untuk di tuai. Kebiasaanya, kobis perlu di tanam 3-6 bulan untuk mendapatkan hasilnya. Namun, ramai yang mengalami masalah apabila kobis yang ditanam tidak membentuk.

Ini tip yang dikongsikan oleh Serum Transform Bunga untuk hasilkan kobis yang cantik dan menjadi. Acapkali ada teman yang tanam kobis dalam pasu tak berapa jadi.. Kan

6 Tip Hapat Hasil Kobis Yang Besar & Segar

1. JANGAN petik kelopak daun kobis. Ini boleh menyebabkan bola kobis gagal terbentuk dan pokok akan meninggi.

2. Pindah dan TANAM semula apabila pokok kobis ini telah mula meninggi menampakkan batangnya. Penanaman semula ini perlulah pastikan batangnya nanti tertanam separuh ke dalam tanah.

3. Gunakan pasu @ polibeg yang saiz BESAR. Memudahkan akar dapat bernafas dan lebih kukuh cengkaman pada media tanaman.

4. Pastikan BIJI BENIH yang sesuai iaitu jenis tahan di kawasan tanah rendah. AUTUMN QUEEN boleh menjadi pilihan anda sesuai tahan cuaca panas.

5. PENCAHAYAAN amat penting dan pastikan pokok kobis anda menerima cahaya optimum. Ini bagi membolehkan proses tumbesaran berlaku secara lengkap dan maksimum.

6. Anda boleh letakkan naungan gunakan plastik ‘netting’ warna BIRU untuk memberikan biasan cahaya kepada pokok kobis untuk lebih cepat padat dan berat.

Seronok tengok di me dia sosi al mereka yang menanam kobis dalam pasu. Nampak sihat-sihat dan paling best ia turut mencantikkan halaman.

Kalau anda berminat untuk mencuba boleh ikut langkah-langkah menanam kobis dalam pasu oleh Hariza Amrry.

Langkah 1

Dapatkan anak benih–Beli di nurseri/online/pusat beli belah.

Langkah 2

Cambahkan biji benih– Untuk mula mencambahkan biji benih, sediakan satu dulang atau apa-apa bekas sesuai dan letakkan tanah. Masukkan biji benih dan tekan sedalam 1/2 inci. Tapi kalau tabur je pun insyaallah boleh hidup. Letak tempat teduh sikit tapi masih dapat cahaya matahari.

Langkah 3

Penyediaan tanah-Gunakan tanah yang kaya dengan kandungan nutrien organik. Tekstur tanah harus dalam keadaan yang polos dan tidak padat. Anda juga boleh menggunakan media campuran dengan nisbah 2:1:1 iaitu 2 bahagian tanah lom, 1 bahagian kompos dan 1 bahagian pasir sungai. Gaul media tersebut dan selesai. Saya pakai je tanah dibeli nurseri campur baja tahi ayam.

Langkah 4

Pindahkan anak semaian-Biarkan biji benih bercambah sekurang-kurangnya 2 – 3 helai daun pucuk (dalam 2 minggu) barulah anda pindahkan ke pasu atau bekas yang lebih besar dan sesuai mengandungi tanah yang disediakan di atas.
kobis

Langkah 5

Menanam- Jangan dedahkan pada matahari secara langsung selama 1 minggu dan siram secukupnya. Lepas seminggu baru slow-slow dedahkan pada cahaya matahari.

Langkah 6

Menyiram- Jangan siram sehingga air bertakung dalam pasu/bekas. Cukup dengan membiarkan tanahnya lembap.

Langkah 7

Pembajaan- Elok gunakan baja kompos. Saya beri 2 minggu ke sebulan sekali. Anda juga boleh menaburkan serbuk telur ayam yang diblender dan kulit pisang yang dipotong kecil-kecil. Anda juga boleh menyiramnya dengan serum EM1, baja cecair ikan dan kompos teh secara berselang seli (sumber tanomkinotuan).

Langkah 8

Penuaian-Tanaman kobis boleh dituai 3 bulan setengah atau lebih selepas ditabur. Bulu-bulu halus juga sudah hilang. Potong pada pangkalnya.

Akhir Kata

Lepas ni tanam sendiri kat rumah je boleh jimat, tak perlu lagi membeli… oleh itu, cuba dulu baru tau betapa senangnya tanam sayur sendiri walaupun hanya tanam kat pasu…

Sumber Dan Rujukan

Hariza Amrry

Share this:

Related posts:

  • 2 bulan tak dapat bayaran penuh, sekali bersuara tanya pasal gaji terus dipecat! Lelaki cuma ada RM30 untuk sara keluarga

  • “Anak Keduaku, Khabib Umar,” – Lengkap Sepasang, Syahmi Sazli Dan Isteri Timang Bayi Lelaki

  • Pantang Larang Air Fryer Yang ‘Wajib’ Tahu Supaya Tahan Lama Dan Tak Cepat Rosak

  • (VIDEO) Warga Emas Cipta Dapur Guna Air, Tanpa Guna Gas Dan Minyak Tanah

  • Cara Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Kad Waktu Kecemasan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terbaru

  • Ayam Goreng Sedap Tetap Garing Walaupun …
    July 6, 2022
  • Jual Mi Celup RM2 Dan Segelas Air Dengan…
    July 6, 2022
  • Tomyam Paling Disukai Ramai, Tiba-tiba R…
    July 6, 2022
  • Duit Simpanan Anak Mencecak 5 Angka Seta…
    July 6, 2022
  • (VIDEO) Beli Cincin Murah Harga RM48, Ju…
    July 6, 2022
  • [VIDEO] Seb4k walaupun bukan anaknya, ia…
    July 6, 2022
  • Tips Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat S…
    July 6, 2022

Kategori

  • Artis Malaysia
  • DUNIA
  • Haiwan
  • keluarga
  • Kesihatan
  • Petua
  • resepi
  • Semasa
  • Tauladan
  • Tazkirah

ARKIB

  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • September 2019
  • June 2019
  • March 2019

ads

© 2022 My Media Maya | Powered by Superbs Personal Blog theme