Munculnya Gunung Emas Sungai Furat Petanda Akhir Zaman Dan kiamat

Munculnya Gunung Emas Sungai Furat Petanda Akhir Zaman Dan Kiamat, “KETIKA Sungai Furat kering akan muncullah gunung emas sungai furat, maka janganlah diambil kerana keringnya sungai furat merupakan tanda-tanda kiamat sudah hampir”.

Hari kiamat merupakan hari yang pasti akan berlaku ke atas kita semua, cuma persoalan yang timbul bilakah hari itu gunung emas sungai furat akan muncul dan bilakah ianya akan berlaku? Tiada siapa yang ketahui kecuali ALLAH SWT.

Jika diikutkan tanda-tanda kecil hari kiamat sudah cukup banyak seperti kewafatan Baginda Rasulullah SAW, ilmu agama diangkat, akan terjadinya ratusan bencana dan kekacauan serta banyaknya pembunuhan.

Dr Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi) penceramah bebas dan selebriti TV Al-Hijrah di halaman Facebooknya berkongsi mengenai keringnya Sungai Furat dengan ketara ketika ini dan akan terepenuhlah ramalan Rasulullah SAW tetang muncul gunung emas sungai furat.

Keadaan sungai tersebut sehingga kini menampakkan bilik-bilik dan tangga disebalik kawasan tersebut, Kemungkinan ia sebuah binaan yang di buat dengan penuh ukiran.

z 7

KEADAAN terkini Sungai Furat yang semakin mengering.

Manakala, di dalam Old Testement pula disebut bahawa jika sungai ini mengering, itu tanda kebangkitan raja dari Timur semakin hampir.

Keadaan air sungai yang kering membimbangkan

Apa yang menarik perhatian umat Islam adalah mengenai salah satu tanda kiamat surutnya air Sungai Furat atau Euphrates.

Munculnya Gunung Emas Sungai Furat Petanda Akhir Zaman Dan kiamat

Hadis Tentang Gunung Emas Sungai Furat

Sabda Baginda Rasulullah SAW

“Tidak terjadi hari kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata ‘mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu’. (Hadis Riwayat Muslim)

Sungai Furat merupakan sungai terpanjang di Asia Barat. Mengairi tiga buah negara iaitu Turki, Syria dan Iraq. Ia berpunca dari hiliran timur Turki, kemudian merentasi Syria, memasuki Iraq dan bertemu hulu sungai Tigris sebelum berakhir di muara Shatt Arab, pesisir Teluk Parsi.

Munculnya Gunung Emas Sungai Furat Petanda Akhir Zaman Dan kiamat

SUNGAI Furat atau Euphrates.

Sungai Furat bersama Sungai Tigris menjadi sumber air dan juga laluan penting. Sehingga hari ini Furat masih membekalkan air bersih kepada jutaan pengguna sekitar Asia Barat.

Laporan berita mengenai air Sungai Furat yang menyusut sehingga menampakkan dasarnya akibat kemarau turut menarik perhatian terutamanya dalam kalangan umat Islam kerana ia adalah salah satu tanda kiamat.

Di dalam hadis yang disebutkan Baginda Rasulullah mengenai gunung daripada emas kata para alim ulama air Sungai Furat akan menjadi sangat mahal hingga nilainya menyamai harga emas.

Ada juga mengatakan bahawa kemungkinan di suatu saat nanti di Sungai Furat akan ditemukan telaga minyak atau lombong emas.

Waspada fitnah akhir zaman

Tapi satu yang pasti ialah penyebutan Sungai Furat oleh Baginda Rasulullah ini sebenarnya menunjukkan bahaya yang terkandung iaitu ramai orang berperang untuk merebutkannya. Ini kerana kata ulama bahawa manusia akan datang dari pelbagai pelusuk untuk berlumba-lumba memiliki kekayaan itu.

FITNAH Dajjal yang membuat kekacaun di akhir zaman sehingga membawa manusia pada kesesatan.

Dalam riwayat lain pula disebutkan

“Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu”. (Hadis Riwayat Bukhari)

Maka jelas sekali, apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah sebagai peringatan kepada umat Islam khusunya untuk lebih bersedia dengan segala kemungkinan dan sentiasa meningkatkan amal soleh terutama pada zaman yang penuh fitnah ini.

Rasulullah juga mengingatkan umatnya untuk menghafal ayat 1-10 surah Al-kahfi, maka kita akan terlindung dari fitnah Dajjal di akhir zaman.

Dalam hadis Riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa menghafal sepuluh ayat pertama dari surat al-Kahfi, maka ia akan terlindung daripada (fitnah) Dajjal”.

Dengan keringnya sungai furat, maka akan muncullah gunung emas sungai Furat yang menyebabkan orang berperang untuk mendapatkannya.

Semoga kita terhindar daripada fitnah gunung emas sungai furat. Aamiin

Baca Juga: Inilah keadaan sungai tigris sekarang, Ahli Arkeologi Menemui Bandar Purba Didasarnya

Sumber: sinarplus