Niat Solat Jamak Zohor Dan Asar Dan Cara Mengerjakanya – Solat jamak dan solat qasar merupakan satu kemudahan yang diberikan kepada umat islam yang bermusafir untuk mengerjakan solat jamak dan solat qasar.
Solat ini diberi kelonggaran kepada orang yang bermusafir lebih daripada dua marhalah (92km). Selain musafir ianya juga boleh dilakukan ketika ada halangan atau keuzuran.
Syarat perjalanan yang diharuskan solat jamak & qasar
- Perjalanan yang jaraknya 81 KM dan lebih.
- Perjalanan yang tentu tujuannya (bukan merayau).
- Perjalanan yang tidak bertujuan maksiat.
- Tidak diambil kira perjalanan untuk berniaga arak, mengamal riba atau menyamun.
Niat Solat Jamak Zohor Dan Asar Dan Tata Caranya
Niat solat jamak zohor dan asar (takdim)
1. Setelah masuk waktu Zohor dan ketika itu kita sudah berada dalam perjalanan bermusafir, maka berwuduk dan bersedialah untuk solat.
2. Solat Zohor dahulu kemudian Asar. Lafaz niat solat jamak zohor takdim bagi solat Zohor adalah seperti berikut:
Lafaz niat solat jamak zohor arab:
Niat solat jamak zohor rumi:
Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.
3. Solat 2 rakaat seperti solat fardu biasa.
4. Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua solat fardu tersebut (muwalat)
5. Lafaz niat untuk solat jamak fardu Asar:
Niat solat jamak asar arab:
Niat solat jamak asar rumi:
Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.
6. Solat seperti solat fardu biasa.
Solat Jamak Dan Qasar Asar dan Zohor (JAMAK TAKHIR)
1. Setelah masuk waktu Zohor dan ketika itu kita sudah berada dalam perjalanan bermusafir, maka berniatlah untuk mengerjakan solat Zohor di waktu Asar nanti.
2. Solat Asar dahulu kemudian Zohor. Lafaz niat solat jamak takhir bagi solat Asar adalah seperti berikut:
Niat solat jamak zohor dan asar (takrir)
Niat solat jamak asar arab:
Niat solat jamak asar rumi:
Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.
3. Solat seperti solat fardu biasa.
4. Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua solat fardu tersebut (muwalat)
5. Lafaz niat untuk solat jamak fardu Zohor:
Niat solat jamak zohor arab:
Niat solat jamak zohor rumi:
Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.
6. Solat seperti solat fardu biasa.
Semoga bermanfaat.
Baca Juga: Niat Solat Zohor Rumi Berjemaah Dan Sendirian
Sumber dan rujukan: