Orang ketiga jadi punca Zahnita Wilson dipukul, polis dakwa suami sudah ditahan

Orang ketiga jadi punca Zahnita Wilson dipukul, polis dakwa suami sudah ditahan we

Tular dakwaan model dan pelakon Zahnita Wilson dipukul suaminya hingga ada kesan lebam di bahagian bawah mata.

Pelakon berusia 39 tahun itu mengakui dirinya sudah lama dipukul oleh suaminya sendiri dan puncanya adalah disebabkan kehadiran orang ketiga lapor Kosmo! Online.

“Saya terpaksa mendedahkan perkara ini. Saya sudah berdepan masalah kekerasan rumah tangga sejak sekian lama.

“Punca saya dipukul adalah sebab saya bertanya suami tentang hubungannya dengan wanita lain tetapi langsung tidak boleh dibawa berbincang,” katanya seperti dipetik Kosmo.

Suami Zahnita dikhabarkan sudah ditahan pihak berkuasa dan ia disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu.

Bagaimanapun, Wan Mohd. Zahari tidak memperincikan tentang penahanan tersebut.

“Ya, suspek sudah pun ditahan hari ini,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Sebelum ini Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 2013 selepas rumah tangganya bergolak pada tahun 2011.

Bagaimanapun mereka memilih untuk memberi peluang kedua untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut selepas mendirikan rumah tangga pada 2005.

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...