Patutlah macam Pernah nampak je kekasih Erra ni.. Rupanya Ini perniagaan miliknya

ezwan zain biodata

Biodata

Nama penuh: Mohamad Ezwan bin Mohamad Zain

Nama komersial: Ezwan Zain

Umur: 44 tahun (2025)

Asal: Selangor

Keluarga: Anak sulung daripada tiga orang adik beradik. Di bawahnya adalah dua adik lelaki.

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda jurusan Mechatronics and Robotics

Siapa disable adblocker, dia handsome dan lawa

Pekerjaan: Usahawan, Founder Kueh Cafe, CEO Syarikat Demogi Sdn Bhd

Status: Bercerai

Instagram (IG): @nawzezain

Latar Belakang

1. Nama Ezwan Zain melonjak sebagai usahawan di Lembah Klang menerusi Kueh Cafe, restoran yang terkenal dengan sajian kuih tradisional, kek dan kopi istimewa.

2. Dalam keluarga yang dekat dengan dunia perniagaan, anak sulung daripada tiga beradik ini menapak sebagai jurutera dalam industri minyak dan gas sebelum menyerahkan jiwa dan raganya pada dunia keusahawanan. Bapanya seorang petugas kerajaan, manakala ibunya adalah bekas pekerja bank.

3. Sebelum Kueh Cafe dibuka pada tahun 2015, Ezwan telah melalui pengalaman mencuba pelbagai jenis perniagaan. Kini, selepas lebih sembilan tahun penubuhannya, kafe itu menjadi destinasi pilihan pelanggan dari segenap pelosok negara. Tidak hanya itu, Ezwan turut meneroka bidang perniagaan lain seperti carwash, kilang kayu terpakai dan pembinaan.

4. Dalam sisi kehidupannya yang peribadi, Ezwan merupakan seorang duda, dianugerahkan seorang anak perempuan daripada perkahwinan lamanya bersama bekas isteri.

Fakta Menarik

1. Ezwan memulakan pengembaraannya sebagai usahawan dengan Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang, yang lahir daripada perniagaan kecil-kecilan.

2. Keramahan dan keperibadian rendah diri Ezwan membuatkan dia seorang usahawan yang tidak sukar untuk didekati oleh orang ramai.

3. Walaupun kerjayanya bermula dalam industri minyak dan gas, dia memilih perniagaan kerana hanya di situ dia menemui erti kebebasan dan kepuasan sebenar.

Sumber:

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...